JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia mendaki satu anak tangga untuk berada di ranking kedua dunia, biarpun gagal merangkul Terbuka Denmark Ahad lalu.
Meskipun tewas kepada pemain China, Shi Yuqi 18-21, 21-16, 12-21 pada aksi final, namun kejayaan muncul naib juara pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF itu memberikannya mata yang baik untuk membaiki kedudukan ranking.
Juara Asia itu mengutip 9,350 mata dalam kejohanan tersebut.
Ia merupakan ranking terbaik dalam karier pemain dari Alor Setar, Kedah itu dengan mengumpul 92,528 mata keseluruhan, berada di belakang jaguh Demark, Viktor Axelsen (122,606 mata).
Seorang lagi pemain muda negara, Leong Jun Hao turut merasai kenaikan dalam ranking dunia setelah muncul juara Masters Indonesia, Ahad lalu yang memberi inspirasi baharu kepadanya.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu juga memaklumkan bahawa Jun Hao, 23, menerima kenaikan mendadak 28 anak tangga ke kedudukan ke-73 dunia.
Bagi kategori beregu lelaki, juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di tangga keempat.
Dua lagi beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Eei Yi serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak mengalami perubahan di kedudukan kesembilan dan ke-10.
Beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula mengalami kenaikan satu anak tangga ke kedudukan kesembilan dunia. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 26 2022

Kejayaan muncul naib juara Terbuka Denmark memberikan Zii Jia mata yang baik untuk membaiki kedudukan ranking. - Fail/AP

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.

Indonesia Masters: Zii Jia sekali lagi gagal lepasi pusingan awal
Lee Zii Jia mengalami penyingkiran pusingan awal kali ketiga berturut-turut apabila tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023.

Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan
Zii Jia tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Aaron-Wooi Yik nombor dua dunia, Zii Jia turun dua anak tangga
Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga dalam ranking terbaharu BWF selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Percayakan Zii Jia - Choong Hann
Jaguh kebangsaan itu mungkin sedang berdepan saat sukar, namun Choong Hann percaya Zii Jia memerlukan masa untuk membuktikan dirinya.

Aaron-Wooi Yik cabar rakan senegara di suku akhir Terbuka India
Mereka bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam pertarungan selama 55 minit.

Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India
Pemain badminton profesional Malaysia Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023.

Masalah angin perkara biasa - Rashid
Masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun.

'Mati pun matilah... saya tidak menyesal' - Zii Jia
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.

Terbuka Malaysia: Naraoka tewaskan Zii Jia di pusingan pertama
Beliau terpaksa menerima permulaan yang buruk untuk musim 2023, namun berharap akan dapat melakukan yang lebih baik selepas ini.