awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik

Bernama
Bernama
10/10/2024
00:50 MYT
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Zii Jia (gambar) memenangi gelaran juara Terbuka Artik pada Oktober 2023 setelah menewaskan Ng Tze Yong pada acara final. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan gelaran juara Terbuka Artik dengan menyingkirkan pemain Perancis Christo Popov 21-15, 21-11 di Energia Areena, Vantaa, Finland semalam.
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Pada pusingan kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis itu akan berdepan pemain Jepun Yushi Tanaka yang menewaskan Lei Lan Xi dari China 21-17, 27-29, 21-16.
Zii Jia, 26, memenangi gelaran itu pada Oktober tahun lepas setelah menewaskan rakan senegara Ng Tze Yong pada final, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 17 bulan dalam Jelajah Dunia.
Sejak memenangi gangsa Sukan Olimpik, Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama dalam dua kejohanan Jelajah Dunia berturut-turut iaitu Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Bagaimanapun, seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao tersingkir awal selepas tewas 19-21, 9-21 kepada pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Terbuka Artik
#Christo Popov
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan