awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024

Bernama
Bernama
15/11/2024
08:36 MYT
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024 hari ini.
Pada saingan di Gimnasium Wilayah Kumamoto, Zii Jia yang menghuni ranking ketujuh dunia bermula dengan baik apabila menang set pertama 21-12 namun akur pada set kedua dengan 18-21 sebelum pemain Indonesia itu melengkapkan kemenangan 21-8 pada set penentuan.
Ini merupakan kekalahan kali keenam Zii Jia kepada Jonatan selepas Masters Malaysia 2018, Piala Thomas 2018, Terbuka Switzerland 2019, Terbuka Singapura 2019 dan Kejohanan Badminton Asia 2024.
Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut mengalami nasib sama apabila tewas kepada wakil Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 17-21, 16-21.
Namun, nasib menyebelahi gandingan professional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik selepas menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-16, 21-13.
Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan ketiga kejohanan akan berdepan Dechapol-Supissara pada separuh akhir, esok.
Beregu lelaki professional negara Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong juga berjaya melepasi halangan suku akhir dengan mengalahkan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan 21-19, 21-19, dan akan bertemu pilihan keenam Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Badminton Masters Jepun
#terkandas di suku akhir
#Jonatan Christie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan