awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziyad Zolkefli ungguli lontar peluru F20, raih emas APG 2025

Bernama
Bernama
23/01/2026
14:29 MYT
Ziyad Zolkefli ungguli lontar peluru F20, raih emas APG 2025
Muhammad Ziyad mencatat lontaran sejauh 16.81 meter (m) untuk menewaskan pesaing lain dengan selesa. - Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
NAKHON RATCHASIMA (Thailand): Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan penguasaannya dalam acara lontar peluru lelaki F20 apabila merangkul pingat emas pasa Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Thailand, hari ini.
Muhammad Ziyad mencatat lontaran sejauh 16.81 meter (m) untuk menewaskan pesaing lain dengan selesa, namun gagal mengatasi rekod APG miliknya sendiri iaitu 16.92m yang dicipta di Solo, Indonesia pada 2022.
Rekod Asia miliknya sejauh 17.43m yang dilakar di Jepun pada 2024 kekal tidak tercabar, namun pencapaian hari ini sudah memadai untuk memastikan kedudukan teratas di podium.
Seorang lagi wakil negara Mohamad Aliff Mohamad Awi meraih pingat perak menerusi lontaran 13.80m, manakala atlet tuan rumah Boonkong Sanepoot memenangi pingat gangsa dengan catatan 13.68m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet para negara
#lontar peluru
#Muhammad Ziyad Zolkefli
#Sukan Para ASEAN
#APG
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan