Skip to main content

Teknologi

Antara muka dan ciri pelan langganan WhatsApp Plus tertiris

AMANZ
WhatsApp Plus sedang dibangunkan untuk peranti Android dan iOS, menawarkan fokus utama terhadap penyesuaian antara muka. -Foto Amanz

Maklumat awal mengenai pelan langganan premium WhatsApp dilapor kembali tertiris, dan perkhidmatan itu dijangka dilancarkan sebagai WhatsApp Plus dengan ciri tambahan yang memberi lebih pilihan penyesuaian kepada pengguna.

Menurut laporan Amanz, WhatsApp Plus sedang dibangunkan untuk peranti Android dan iOS, menawarkan fokus utama terhadap penyesuaian antara muka.

Advertisement

Pelanggan akan diberikan pilihan menukar ikon aplikasi, dengan sekitar 14 ikon baharu yang sedang diuji dalam pelbagai warna.

Mereka juga boleh menetapkan sehingga 20 perbualan sebagai mesej disemat, berbanding tiga sahaja bagi pengguna percuma.

Langganan itu turut dijangka menyediakan lebih banyak pilihan tema dan warna dalam aplikasi, selain akses kepada nada dering eksklusif yang dibangunkan khusus untuk perkhidmatan tersebut.

Ciri seperti pelekat eksklusif dan reaksi mesej lebih interaktif juga sedang dirancang untuk ditambah dari semasa ke semasa.

Setakat ini, belum ada maklumat bila WhatsApp Plus akan dilancarkan atau berapa kos langganannya.

Pelan ini tidak menjejaskan ciri asas WhatsApp yang kekal percuma untuk semua pengguna.

Must Watch Video