Skip to main content

Teknologi

Anthropic lancar Claude Design, perluas keupayaan AI dalam rekaan visual

https://amanz.my/2026561059
Claude Design membolehkan idea diubah kepada bentuk visual dengan lebih efisien, selain menyokong penggunaan elemen rekaan yang konsisten merentas pelbagai projek bagi mengekalkan identiti visual sesebuah organisasi. -Foto Amanz

SAN FRANCISCO: Syarikat kecerdasan buatan, Anthropic, melancarkan penawaran baharu dikenali sebagai Claude Design, yang memfokuskan kepada penyelesaian rekaan visual bagi membantu pengguna menghasilkan prototaip dan bahan grafik dengan lebih pantas, lapor Amanz.

Melalui ciri berkenaan, pengguna boleh membangunkan reka bentuk pembentangan, dokumen serta prototaip produk secara langsung menerusi platform Claude, sekali gus menandakan kemasukan Anthropic ke dalam segmen rekaan digital yang sebelum ini dikuasai platform seperti Canva dan Figma.

Advertisement

Claude Design membolehkan idea diubah kepada bentuk visual dengan lebih efisien, selain menyokong penggunaan elemen rekaan yang konsisten merentas pelbagai projek bagi mengekalkan identiti visual sesebuah organisasi.

Ciri itu dikuasakan oleh model terbaharu Anthropic, Claude Opus 4.7, dan ditawarkan dalam mod pratonton penyelidikan kepada pelanggan pelan Claude Pro, Max, Team dan Enterprise bermula hari ini.

Sebelum ini, Anthropic lebih sinonim dengan penyelesaian pengaturcaraan dan analisis data menerusi siri model Claude. Pelancaran Claude Design mencerminkan peluasan fokus syarikat berkenaan ke dalam pasaran kreatif digital yang berkembang pesat.

Must Watch Video