Skip to main content

Teknologi

Google, A24 jalin kerjasama bangunkan teknologi AI dalam industri filem

71721981398_GoogleDeepMind.jpg
Menerusi kerjasama jangka panjang itu, Google melabur kira-kira AS$75 juta (sekitar RM310.5 juta) dalam A24, dengan fokus memastikan pembangunan teknologi AI melibatkan pengkarya filem secara langsung. -Gambar fail
Advertisement

GOOGLE melalui unit kecerdasan buatannya, DeepMind, menjalin kerjasama penyelidikan dengan studio filem A24 bagi membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan dalam penerbitan filem masa depan.

Menerusi kerjasama jangka panjang itu, Google melabur kira-kira AS$75 juta (sekitar RM310.5 juta) dalam A24, dengan fokus memastikan pembangunan teknologi AI melibatkan pengkarya filem secara langsung.

Pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, termasuk usaha mengintegrasikan teknologi AI terkini ke dalam proses penerbitan kandungan A24.

Langkah itu membolehkan pengkarya memperoleh akses awal untuk menguji, menambah baik serta memberi maklum balas terhadap teknologi yang dibangunkan.

A24 dikenali sebagai studio bebas berskala kecil yang menghasilkan filem kos rendah namun meraih kutipan box office tinggi serta memenangi pelbagai anugerah, termasuk Everything Everywhere All at Once dan Civil War.

Dalam masa sama, penggunaan AI generatif dalam industri kreatif kekal menjadi perhatian, khususnya berkaitan kebimbangan pelanggaran hak cipta.

Sehubungan itu, beberapa syarikat teknologi termasuk Microsoft dan Adobe telah membangunkan model AI menggunakan data berlesen, antaranya melalui platform Adobe Firefly Foundry yang membolehkan pembinaan model tersuai berasaskan harta intelek syarikat.

Netflix turut bergerak dalam arah sama melalui pengambilalihan syarikat AI InterPositive, diasaskan pelakon dan pengarah Ben Affleck, bagi memperkukuh penggunaan AI dalam proses pascaproduksi filem.

 

Must Watch Video

Advertisement