Ringkasan AI
- Google melancarkan Gemini 4 Argon, model AI terbaharu, kepada rakan keselamatan siber terpilih untuk ujian dalam persekitaran pembangunan perisian kompleks.
- Gemini 4 Argon menunjukkan prestasi kompetitif, mengatasi beberapa model pesaing dan mencatat pencapaian tinggi dalam penilaian keselamatan siber CWE-bench v1.
- Akses akan diperluaskan secara berperingkat selepas penilaian keselamatan, bermula dengan pelanggan Google AI Ultra dan korporat API sebelum pengguna umum.
MOUNTAIN VIEW: Google hari ini mengumumkan pelancaran Gemini 4 Argon, model kecerdasan buatan (AI) paling canggih terbaharunya, yang mula ditawarkan kepada rakan keselamatan siber terpilih sebagai sebahagian daripada pelancaran berperingkat, lapor Amanz.
Langkah itu diambil bagi membolehkan model penaakulan maju berkenaan menjalani ujian menyeluruh dalam persekitaran pembangunan perisian yang kompleks sebelum diperluaskan kepada pengguna lain.
Menurut Google, Gemini 4 Argon telah digunakan secara dalaman oleh kakitangannya untuk membantu mengoptimumkan penggunaan memori di pusat data, menyokong penyelidikan pengkomputeran kuantum serta memudahkan proses automasi migrasi kod.
Berdasarkan keputusan beberapa penanda aras industri, Gemini 4 Argon mencatat prestasi yang kompetitif dan dalam beberapa kategori mengatasi model pesaing seperti GPT-6 Astra keluaran OpenAI serta Claude Fable 5.1 dan Claude Opus 5.5 keluaran Anthropic.
Model itu turut mencatat pencapaian tinggi dalam penilaian CWE-bench v1 bagi keselamatan siber, yang mengukur keupayaan sistem mengenal pasti, mengesahkan dan membaiki kerentanan perisian.
Google berkata akses kepada Gemini 4 Argon akan diperluaskan secara berperingkat selepas proses penilaian keselamatan dan pematuhan kawal selia selesai.
Fasa awal pelancaran komersial dijadualkan bermula dengan pelanggan Google AI Ultra serta pelanggan korporat yang menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).
Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan bahawa beberapa fasa pelancaran berperingkat masih diperlukan sebelum Gemini 4 Argon dapat diintegrasikan secara lebih meluas ke dalam ekosistem Gemini untuk pengguna umum.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah Gemini 4 Argon yang diumumkan oleh Google?
A: Gemini 4 Argon ialah model kecerdasan buatan (AI) paling canggih terbaharu Google yang dilancarkan untuk rakan keselamatan siber terpilih sebagai sebahagian daripada pelancaran berperingkat. - Q: Apakah tujuan pelancaran berperingkat Gemini 4 Argon?
A: Pelancaran berperingkat bertujuan membolehkan model ini menjalani ujian menyeluruh dalam persekitaran pembangunan perisian yang kompleks sebelum diperluaskan kepada pengguna lain. - Q: Apakah kegunaan Gemini 4 Argon dalam operasi dalaman Google?
A: Gemini 4 Argon digunakan untuk mengoptimumkan penggunaan memori di pusat data, menyokong penyelidikan pengkomputeran kuantum, dan memudahkan automasi migrasi kod. - Q: Bagaimana prestasi Gemini 4 Argon berbanding model pesaing?
A: Berdasarkan penanda aras industri, Gemini 4 Argon mencatat prestasi kompetitif dan mengatasi model pesaing seperti GPT-6 Astra, Claude Fable 5.1, dan Claude Opus 5.5 dalam beberapa kategori. - Q: Bilakah akses Gemini 4 Argon akan diperluaskan kepada pengguna umum?
A: Akses akan diperluaskan secara berperingkat selepas penilaian keselamatan dan pematuhan kawal selia selesai, dengan fasa awal bermula untuk pelanggan Google AI Ultra dan korporat sebelum integrasi lebih meluas ke dalam ekosistem Gemini untuk pengguna umum.