Skip to main content

Teknologi

Google meterai kerjasama dengan MrBeast promosi Gemini, Google Health

71687768099_TBMRBEASTTITANIC.jpg
Melalui kerjasama itu, Gemini akan dipaparkan dalam beberapa siri video MrBeast (foto), sekali gus menjadi antara saluran pemasaran utama Google untuk memperkenalkan teknologi AI tersebut kepada khalayak global. -Gambar fail/Gempak
Advertisement

NEW YORK: Google mengumumkan kerjasama strategik berbilang tahun dengan Beast Industries milik pencipta kandungan terkenal dunia, MrBeast, bagi mempromosikan platform kecerdasan buatan (AI) Gemini serta Google Health, lapor Amanz.

Melalui kerjasama itu, Gemini akan dipaparkan dalam beberapa siri video MrBeast, sekali gus menjadi antara saluran pemasaran utama Google untuk memperkenalkan teknologi AI tersebut kepada khalayak global.

Jimmy Donaldson, yang lebih dikenali sebagai MrBeast, merupakan pencipta kandungan pertama yang melepasi 500 juta pelanggan di YouTube.

Menerusi kerjasama itu, MrBeast akan mempamerkan penggunaan Gemini dalam situasi sebenar, termasuk membantu mengurus logistik penerbitan video berskala besar. Selain itu, Google Health dan peranti boleh pakai Fitbit Air turut akan ditampilkan dalam kandungan akan datang bagi mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.

Video pertama hasil kerjasama berkenaan dijadualkan disiarkan pada 5 Sept ini, memaparkan MrBeast dan pasukannya cuba bertahan dalam cabaran di hutan, gurun dan Artik dengan bantuan Gemini untuk mengenal pasti bahaya, menghadapi perubahan cuaca ekstrem serta membantu navigasi sepanjang cabaran tersebut.

Selain kandungan di saluran YouTube MrBeast, Google turut merancang menampilkan beliau dalam kempen pengiklanan Gemini yang baharu bagi menunjukkan bagaimana aplikasi itu digunakan untuk membantu merancang dan melaksanakan projek berskala besar.

Must Watch Video

Advertisement