Skip to main content

Teknologi

Google mula label iklan dijana AI

Sumber: AMANZ
Langkah baharu ini diperkenal bagi membantu orang ramai mengetahui status kandungan iklan yang dilihat sekali gus memahami bahawa visual tersebut mungkin bukan gambar produk atau perkhidmatan sebenar. -Foto Amanz
Advertisement

SAN FRANCISCO: Google mula memaparkan notis khas pada platform mereka bagi memaklumkan pengguna sekiranya sesuatu iklan dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor Amanz.

Langkah baharu ini diperkenal bagi membantu orang ramai mengetahui status kandungan iklan yang dilihat sekali gus memahami bahawa visual tersebut mungkin bukan gambar produk atau perkhidmatan sebenar.

Teknologi AI kini memudahkan penjanaan gambar serta video untuk tujuan pemasaran, dan pelabelan ini akan memberikan ketelusan yang lebih tinggi kepada pengguna dalam talian.

Google berkata label berkenaan akan ditambah secara automatik sekiranya pengiklan menggunakan sistem penjana AI milik Google.

Walau bagaimanapun, pengiklan yang menggunakan alat penjanaan AI pihak luar perlu menambah label tersebut secara manual pada iklan mereka.

Langkah pelabelan ini juga selari dengan permintaan beberapa buah negara yang telah mengarahkan agar semua imej jana AI dilabelkan dengan jelas kepada umum.

Must Watch Video

Advertisement