Skip to main content

Teknologi

Google perkenal Gemini dalam Chrome untuk pengguna Malaysia

AMANZ
Ciri itu boleh diakses melalui butang “Minta Gemini” yang terletak di sudut kanan atas pelayar, yang akan membuka panel sisi untuk pertanyaan pengguna. -Foto Amanz

GOOGLE memperkenalkan integrasi kecerdasan buatan, Gemini, secara langsung dalam pelayar Chrome untuk pengguna di Malaysia, sekali gus membolehkan akses segera ketika melayari internet.

Ciri itu boleh diakses melalui butang “Minta Gemini” yang terletak di sudut kanan atas pelayar, yang akan membuka panel sisi untuk pertanyaan pengguna, lapor Amanz.

Advertisement

Melalui panel berkenaan, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan tab yang sedang dibuka, selain mengemukakan pelbagai soalan lain.

Pengguna juga boleh menghubungkan perkhidmatan Google seperti Google Calendar dan Gmail ke dalam Chrome bagi melaksanakan arahan tambahan, termasuk merumuskan serta menghantar e-mel menggunakan arahan suara atau teks kepada Gemini.

Gemini turut beroperasi merentas tab, sekali gus memudahkan perbandingan maklumat, kajian dan pelbagai tugasan produktiviti.

Bagi menikmati ciri berkenaan, pengguna Google Chrome di Malaysia perlu memastikan mereka menggunakan versi pelayar terkini.

Pelancaran ini mencerminkan usaha berterusan Google untuk mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan generatif ke dalam ekosistem produknya bagi meningkatkan pengalaman pengguna di peringkat global.

Must Watch Video