Skip to main content

Teknologi

Meta tambah ciri kawalan ibu bapa di WhatsApp, mesej remaja kekal peribadi

Ciri pilihan berkenaan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan remaja dalam talian, termasuk mengurangkan risiko buli siber, interaksi tidak diingini dan penggunaan platform yang tidak sesuai. -Foto Amanz
Ciri pilihan berkenaan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan remaja dalam talian, termasuk mengurangkan risiko buli siber, interaksi tidak diingini dan penggunaan platform yang tidak sesuai. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Meta Platforms Inc memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa baharu di WhatsApp untuk akaun remaja berumur 13 hingga 17 tahun.
  • Ciri ini membolehkan ibu bapa mengawal tetapan privasi, keselamatan, serta menerima notifikasi berkaitan aktiviti kumpulan dan penggunaan Meta AI.
  • Meta menegaskan mesej dan panggilan kekal dilindungi penyulitan hujung ke hujung tanpa akses kepada kandungan oleh pihak ketiga.

MENLO PARK: Meta Platforms Inc hari ini memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa baharu di WhatsApp bagi membantu ibu bapa dan penjaga mengurus tetapan keselamatan serta privasi akaun remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun, lapor Amanz.

Menurut syarikat itu, ciri pilihan berkenaan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan remaja dalam talian, termasuk mengurangkan risiko buli siber, interaksi tidak diingini dan penggunaan platform yang tidak sesuai.

Menerusi ciri itu, ibu bapa boleh menetapkan siapa yang dibenarkan melihat gambar profil remaja, siapa yang boleh menambah mereka ke dalam kumpulan, serta mengawal penggunaan ciri Status dan Saluran (Channels).

WhatsApp turut membolehkan ibu bapa menetapkan PIN khas bagi mengelakkan remaja mengubah tetapan yang telah dipilih tanpa kebenaran mereka.

Selain itu, ibu bapa boleh memilih untuk menerima notifikasi apabila anak mereka menyertai atau meninggalkan kumpulan, atau apabila kumpulan yang disertai mencapai saiz keahlian tertentu.

Meta turut memperkenalkan pilihan mod "Kandungan Terhad" (Limited Content) bagi Meta AI yang membolehkan ibu bapa mengehadkan jenis interaksi remaja dengan pembantu AI tersebut.

Mod itu juga menyahaktifkan beberapa ciri yang bergantung kepada fungsi Private Processing.

Bagaimanapun, Meta menegaskan ciri kawalan ibu bapa itu tidak memberi akses kepada kandungan perbualan atau panggilan pengguna.

Sebaliknya, mesej dan panggilan kekal dilindungi menerusi penyulitan hujung ke hujung, yang memastikan kandungannya tidak dapat diakses oleh pihak ketiga termasuk WhatsApp sendiri.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah ciri kawalan ibu bapa baharu yang diperkenalkan oleh Meta di WhatsApp? 
    A: Meta memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa baharu di WhatsApp untuk membantu ibu bapa mengurus tetapan keselamatan dan privasi akaun remaja berusia 13 hingga 17 tahun.
  • Q: Apakah fungsi utama ciri kawalan ibu bapa ini? 
    A: Ibu bapa boleh menetapkan siapa yang boleh melihat gambar profil remaja, siapa yang boleh menambah mereka ke dalam kumpulan, mengawal penggunaan ciri Status dan Saluran, serta menetapkan PIN khas untuk mengelakkan perubahan tetapan tanpa kebenaran.
  • Q: Adakah ibu bapa boleh mengakses kandungan perbualan atau panggilan remaja melalui ciri ini? 
    A: Tidak, ciri kawalan ibu bapa ini tidak memberi akses kepada kandungan perbualan atau panggilan kerana mesej dan panggilan kekal dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung.
  • Q: Apakah notifikasi yang boleh diterima oleh ibu bapa melalui ciri ini? 
    A: Ibu bapa boleh memilih untuk menerima notifikasi apabila anak mereka menyertai atau meninggalkan kumpulan, atau apabila kumpulan yang disertai mencapai saiz keahlian tertentu.
  • Q: Apakah itu mod "Kandungan Terhad" (Limited Content) bagi Meta AI? 
    A: Mod "Kandungan Terhad" membolehkan ibu bapa mengehadkan jenis interaksi remaja dengan pembantu AI dan menyahaktifkan beberapa ciri yang bergantung kepada fungsi Private Processing.

Must Watch Video

Advertisement