Skip to main content

Teknologi

Microsoft perkenal Project Helix, konsol hibrid dengan sokongan permainan PC

project helix
Pendekatan hibrid ini dijangka menawarkan kelebihan daya saing kepada Xbox, dengan pengalaman yang hampir menyerupai PC tetapi dipersembahkan dalam bentuk konsol khusus. -Foto Amanz

MICROSOFT mengesahkan konsol generasi seterusnya sedang dibangunkan di bawah kod nama Project Helix, lapor Amanz.

Menurut CEO Xbox Asha Sharma, maklumat lanjut mengenai konsol berkenaan akan dikongsi pada sesi bersama pembangun di Persidangan Pembangun Permainan (GDC) minggu hadapan.

Advertisement

Sharma turut mengesahkan Project Helix akan menyokong permainan Xbox dan permainan PC, selari dengan ura-ura yang beredar sejak tahun lalu bahawa Microsoft sedang menggabungkan ekosistem PC dan konsol ke dalam satu platform baharu.

Pendekatan hibrid ini dijangka menawarkan kelebihan daya saing kepada Xbox, dengan pengalaman yang hampir menyerupai PC tetapi dipersembahkan dalam bentuk konsol khusus.

Penganalisis turut menyifatkan Helix sebagai “PC in a box”, namun Microsoft belum mendedahkan spesifikasi teknikal atau ciri keserasian terperinci setakat ini.

Konsol tersebut dijangka memainkan peranan penting dalam strategi baharu Microsoft di bawah kepimpinan Sharma yang berikrar membawa “kembalinya Xbox” ke barisan hadapan industri.

Maklumat tambahan mengenai seni bina, prestasi dan sokongan perisian dijangka diumumkan sepanjang minggu GDC.

Must Watch Video