Skip to main content
Advertisement

Teknologi

Seagate sasar lancar HDD 50TB pada 2028 untuk pusat data AI

Seagate
Seagate berkata proses kelayakan pelanggan dan penghantaran unit sampel dijangka bermula pada penghujung 2027 sebelum pengeluaran secara komersial dilaksanakan pada tahun berikutnya. -Foto Amanz
Advertisement

SAN JOSE: Seagate merancang memulakan penghantaran komersial pemacu cakera keras (HDD) berkapasiti 50TB pada 2028 bagi memenuhi peningkatan permintaan daripada pusat data kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan, lapor Amanz.

Syarikat itu berkata proses kelayakan pelanggan dan penghantaran unit sampel dijangka bermula pada penghujung 2027 sebelum pengeluaran secara komersial dilaksanakan pada tahun berikutnya.

HDD baharu itu akan menggunakan platform Mozaic 5+, generasi ketiga teknologi Rakaman Magnetik Bantuan Haba (HAMR), yang mampu mencapai kepadatan storan melebihi 5TB bagi setiap piring.

Dengan konfigurasi 10 piring storan, Seagate menjangka pemacu berkenaan mampu menawarkan kapasiti melebihi 50TB dalam satu unit.

Walaupun prestasi HDD masih lebih perlahan berbanding pemacu keadaan pepejal (SSD), teknologi itu terus memainkan peranan penting dalam operasi pusat data berskala besar kerana kos penyimpanannya yang lebih rendah.

Seagate turut memaklumkan bahawa permintaan daripada syarikat teknologi dan pengendali pusat data AI begitu tinggi sehingga sebahagian besar kapasiti pengeluaran HDD syarikat itu telah diperuntukkan sehingga 2028, manakala perbincangan mengenai bekalan bagi 2029 juga sedang berlangsung.

 

 

Must Watch Video

Advertisement