Skip to main content

Teknologi

Sony kekal dengan rancangan hentikan cakera permainan PlayStation pada 2028

61544847838_PlaystationGame.jpg
Menerusi dasar itu, permainan baharu yang dilancarkan selepas tarikh berkenaan akan ditawarkan dalam format digital, sama ada melalui PlayStation Store atau kod penebusan yang dijual oleh peruncit. -Gambar fail
Advertisement

TOKYO: Sony Group Corporation menegaskan ia akan meneruskan rancangan untuk menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan PlayStation baharu mulai Januari 2028 meskipun menerima kritikan daripada sebahagian komuniti pemain global, lapor Amanz.

Menerusi dasar itu, permainan baharu yang dilancarkan selepas tarikh berkenaan akan ditawarkan dalam format digital, sama ada melalui PlayStation Store atau kod penebusan yang dijual oleh peruncit.

Keputusan tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemain yang menganggap pemilikan permainan digital tidak menawarkan tahap kawalan yang sama seperti salinan fizikal, terutama dari segi akses jangka panjang dan pemeliharaan koleksi permainan.

Ketua Pegawai Kewangan Sony, Lin Tao, berkata syarikat itu telah meneliti perkara berkenaan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan tersebut dan akan meneruskan pelaksanaannya secara berhati-hati.

Menurut beliau, perubahan itu didorong oleh trend pendigitalan kandungan yang semakin meluas dalam industri hiburan global.

Lin turut mengakui ramai pemain mempunyai hubungan emosi dengan koleksi permainan fizikal mereka, namun Sony mahu terus meneroka cara terbaik untuk berinteraksi dengan pengguna dalam ekosistem digital pada masa hadapan.

Menurut Sony, keputusan tersebut sejajar dengan perubahan corak penggunaan pengguna yang semakin memilih kandungan digital berbanding format fizikal.

 

Must Watch Video

Advertisement