Skip to main content

Teknologi

Tencent lancar TenPayGo untuk mudahkan pembayaran pelawat asing di China

Langkah ini diambil bagi menangani cabaran akses kepada ekosistem pembayaran digital China, yang sebelum ini dilihat kurang mesra pengguna asing berikutan kebergantungan yang tinggi kepada sistem perbankan serta nombor telefon tempatan. -Foto Amanz
Langkah ini diambil bagi menangani cabaran akses kepada ekosistem pembayaran digital China, yang sebelum ini dilihat kurang mesra pengguna asing berikutan kebergantungan yang tinggi kepada sistem perbankan serta nombor telefon tempatan. -Foto Amanz
Advertisement

SHENZHEN: Tencent Holdings secara rasmi melancarkan aplikasi pembayaran kendiri baharu, TenPayGo, bagi memudahkan pelawat antarabangsa melakukan transaksi tanpa tunai sepanjang berada di China, lapor Amanz.

Langkah ini diambil bagi menangani cabaran akses kepada ekosistem pembayaran digital China, yang sebelum ini dilihat kurang mesra pengguna asing berikutan kebergantungan yang tinggi kepada sistem perbankan serta nombor telefon tempatan.

Menurut kenyataan rasmi, TenPayGo di Google Play Store menyokong kad pembayaran yang dikeluarkan di luar China menerusi tujuh rangkaian utama dunia:Visa & MastercardUnionPay & American ExpressJapan Credit Bureau (JCB)Diners Club & Discover Global NetworkSelain itu, aplikasi ini turut menyokong integrasi Apple Pay serta menyasarkan sambungan kepada kira-kira 60 dompet digital antarabangsa menjelang akhir tahun 2026 (termasuk perkongsian peringkat awal dengan Starryblu Singapura).

Advertisement

Pelancaran TenPayGo dibuat menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Shenzhen yang dijangka menarik kehadiran pelawat dan delegasi antarabangsa yang ramai.

Aplikasi ini membolehkan pengguna mendaftar akaun dengan hanya menggunakan alamat e-mel tanpa memerlukan nombor telefon China atau kad bank domestik.

Advertisement

Selepas menghubungkan kaedah pembayaran pilihan, pengguna boleh terus mengimbas kod untuk membuat bayaran di puluhan juta premis perniagaan, restoran, pengangkutan awam, dan destinasi pelancongan yang berada di bawah rangkaian WeChat Pay (Weixin Pay) di seluruh China.

Must Watch Video

Advertisement