Pengalaman hampir lemas ketika kecil mendorong Kang Xiao Wei, 18, mencipta sebuah prototaip pelampung penyelamat yang dinamakan 'Tracking Lifebuoy'.
Saat mencemaskan dilalui pelajar Kuan Cheng High School itu menjadi pendorong beliau dan dua rakannya menghasilkan alat yang berjaya memenangi pingat gangsa dalam pertandingan Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2016, di KLCC, Jun lalu.
Beliau berkata bahan asas Tracking Lifebuoy berbentuk oktagon itu ialah gabus yang dipasang alat pengesan gelombang ultrasonik serta pengesan haba di setiap penjuru berperanan mengesan kedudukan mangsa lemas selain dilengkapi motor, bateri dan propeller (kipas) sebagai penggerak.
"Dengan itu, jika berlaku situasi lemas, orang berhampiran mangsa hanya perlu mencampakkan pelampung ini ke dalam air dan ia secara automatik akan bergerak ke arah haba yang dikesan dikeluarkan tubuh manusia (mangsa) selain bantuan gelombang ultrasonik sebagai navigasi.
"Alat ini amat membantu sekiranya keadaan arus air terlalu deras, kerana mangsa hanya perlu berpaut pada Tracking Lifebuoy yang sentiasa terapung seterusnya mampu menjadi penyelamat daripada terus dihanyutkan," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui di Pameran Kejuruteraan Sains Kuala Lumpur (KLESF) 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES, di sini semalam.
Rakannya, Yong Bei Sheng, 18, selaku ketua kumpulan projek itu berkata mereka mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan prototaip Tracking Lifebuoy dengan modal kira-kira RM400.
Yong berkata mereka mula membuat kajian dan perancangan untuk merealisasikan idea cetusan Kang sejak April lepas dan sanggup berkongsi duit poket untuk membeli keperluan peralatan selain menjadikan video di laman YouTube sebagai rujukan utama.
"Kesibukan sebagai pelajar menyebabkan kami hanya mempunyai masa berkumpul pada waktu malam untuk berbincang mengenai projek ini meliputi aspek reka bentuk dan pemasangan peralatan.
"Biarpun versi pertama Tracking Lifebuoy tidak menjadi seperti diharapkan, kami terus melakukan kajian dan penambahbaikan sehingga prototaip ini berfungsi dengan sempurna sehingga membawa kepada kejayaan di ITEX," katanya.
Katanya mereka merancang untuk terus melakukan kajian dan menghasilkan versi terbaik Tracking Lifebuoy seterusnya diangkat menjadi satu peralatan menyelamat yang digunakan oleh pasukan penyelamat serta pusat rekreasi air pada masa hadapan.
Seorang lagi rakan sekelas mereka yang turut bersama mencipta pelampung itu ialah Chong Yuan Shing, 18. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
Yong menunjukkan prototaip pelampung berteknologi, 'Tracking Lifebuoy', ciptaannya bersama dua rakan lain, di KLESF 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES. - fotoBERNAMA
YouTube uji penggunaan AI bantu beri ilham kandungan video kepada penerbit
Melalui ciri baharu ini, ia menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam memberikan serta menjana ilham video seterusnya untuk dihasilkan.
AWANI Ringkas: TH pastikan 31,600 jemaah haji berpeluang ziarah Raudah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi
Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.
Lawatan Xi kukuhkan 60 tahun hubungan China-Perancis
Presiden China Xi Jinping tiba di Paris pada Ahad dalam rangka lawatan ke Perancis di atas jemputan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Pulau Aman dijadikan Kampung Angkat Madani JPA dengan peruntukan RM2.5 juta
Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Kampung Angkat Madani kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pulau Aman.
Tawaran jet pejuang KAAN Turki untuk tingkat pertahanan udara Malaysia
Turki sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam projek pertahanan untuk kepentingan kedua-dua negara dan bersedia menawarkan jet pejuang generasi kelimanya, 'KAAN.'
Jenayah: Polis tumpaskan sindiket dadah utara Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis turut menahan seorang nelayan berusia 41 tahun dan pembantu kedai makan berusia 47 tahun bersama dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM262,000.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.
Perdana Menteri dijadual bertemu Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mesyuarat dalam talian bersama syarikat gergasi teknologi Google pada Isnin.
'Tracking Lifebuoy', prototaip pelampung berteknologi ciptaan pelajar sekolah
Pengalaman hampir lemas ketika kecil mendorong Kang Xiao Wei, 18, mencipta sebuah prototaip pelampung penyelamat yang dinamakan 'Tracking Lifebuoy'.