Skip to main content

Teknologi

Western Digital jual pegangan SanDisk AS$3.17b untuk kurangkan hutang

Sumber: AMANZ
Selepas penjualan ini, Western Digital dijangka masih memegang sekitar 1.7 juta saham SanDisk dengan nilai hampir AS$1 bilion, dan berhasrat melupuskan baki tersebut secara berperingkat. -Foto Amanz

WESTERN Digital dilapor menjual sebahagian besar pegangan dalam SanDisk melalui jualan sekunder bernilai AS$3.17 bilion (kira‑kira RM12.5 bilion) bagi mengurangkan beban hutang, dengan sekitar 5.8 juta saham ditawarkan pada AS$545 sesaham, iaitu diskaun kira‑kira 7.7% daripada harga penutup sebelum ini.

Menurut pengumuman SanDisk, urus niaga itu distrukturkan sebagai tukar hutang‑kepada‑ekuiti dengan pihak bersekutu JP Morgan Securities LLC dan BofA Securities, manakala SanDisk tidak menerima hasil kerana ia jualan oleh pemegang saham sedia ada.

Advertisement

Selepas penjualan ini, Western Digital dijangka masih memegang sekitar 1.7 juta saham SanDisk dengan nilai hampir AS$1 bilion, dan berhasrat melupuskan baki tersebut secara berperingkat.

Langkah pelupusan itu selari dengan usaha Western Digital memperkemas lembaran imbangan dan mengurangkan hutang, susulan pemisahan perniagaan flash yang menyaksikan SanDisk kini beroperasi sebagai entiti tersenarai berasingan. -Amanz

Must Watch Video