Skip to main content

Teknologi

WhatsApp bakal tamatkan sokongan iOS lama bermula Nov 2026

41769139004_WhatsApp.jpg
Langkah itu turut melibatkan aplikasi WhatsApp Business, sekali gus menuntut peniaga digital mengambil tindakan awal bagi mengelakkan gangguan operasi.

PLATFORM pemesejan popular, WhatsApp, dilapor bakal menamatkan sokongan bagi peranti yang menggunakan sistem operasi iOS dan iPadOS versi lama bermula 30 November 2026.

Menurut Amanz yang memetik laporan portal teknologi WABetaInfo, versi terjejas melibatkan iOS 15.0 hingga 15.4 serta iPadOS 15.5.

Bagi memastikan aplikasi terus berfungsi, pengguna perlu mengemas kini peranti sekurang-kurangnya ke iOS 15.5 atau versi yang lebih baharu sebelum tarikh tersebut.

Langkah itu turut melibatkan aplikasi WhatsApp Business, sekali gus menuntut peniaga digital mengambil tindakan awal bagi mengelakkan gangguan operasi.

Bagaimanapun, pengguna tidak semestinya perlu membeli peranti baharu kerana kebanyakan model iPhone dan iPad yang menyokong iOS 15 masih boleh dikemas kini secara percuma melalui tetapan peranti.

WhatsApp menjelaskan sokongan terhadap versi sistem operasi lama memerlukan kos pembangunan yang tinggi serta boleh melambatkan pengenalan ciri baharu.

Penamatan sokongan ini dilihat sebagai langkah bagi memastikan aplikasi kekal stabil, selamat dan mampu menawarkan fungsi teknologi terkini kepada majoriti pengguna.

 

Must Watch Video

Advertisement