Skip to main content

Teknologi

WhatsApp perkenal ciri kawalan ibu bapa untuk akaun bawah umur

Sumber: AMANZ
Semua tetapan ini dilindungi dengan PIN pada peranti kanak-kanak bagi memastikan ia tidak boleh diubah tanpa kebenaran. -Foto Amanz

WHATSAPP memperkenal ciri baharu yang membolehkan ibu bapa atau penjaga mengawal akaun milik kanak-kanak bawah 13 tahun, selaras usaha platform itu meningkatkan keselamatan pengguna muda.

Menerusi ciri akaun dikawal ibu bapa, mereka boleh menentukan siapa yang boleh menghantar mesej kepada anak-anak serta kumpulan yang boleh disertai, lapor Amanz.

Advertisement

Ibu bapa turut boleh menyemak permintaan mesej daripada nombor tidak dikenali dan menetapkan tahap privasi yang lebih ketat.

Semua tetapan ini dilindungi dengan PIN pada peranti kanak-kanak bagi memastikan ia tidak boleh diubah tanpa kebenaran.

Menurut WhatsApp, ciri berkenaan akan dilancar secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

Ciri itu dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas daripada keluarga dan pakar keselamatan, bertujuan memberi ruang yang lebih selamat kepada kanak-kanak yang mula menggunakan aplikasi mesej tersebut. 

Must Watch Video