Skip to main content

Bisnes

Hilton hidupkan semangat Mid-Autumn dengan koleksi Mooncake eksklusif

Hilton Mooncake, credit: Hilton Kota Kinabalu
Bersempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Ogos boleh menikmati diskaun tawaran tempahan awal sebanyak 15 peratus. - Foto Hilton Kota Kinabalu
Advertisement

KOTA KINABALU: Menjelang sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn), Hilton memperkenalkan The Hilton Mooncake Collection, sebuah koleksi mooncake edisi istimewa yang meraikan keindahan tradisi menerusi sentuhan reka bentuk elegan serta pilihan perisa klasik yang terus menjadi kegemaran ramai.

Koleksi itu hadir dengan pembungkusan diinspirasikan daripada kipas tradisional Cina, direka untuk terbuka seperti helaian kipas sebelum menampilkan empat mooncake istimewa yang melambangkan semangat perkongsian dan kemeriahan sambutan Mid-Autumn.

Lebih daripada sebuah kotak hadiah, setiap perincian pada The Hilton Mooncake Collection dihasilkan bagi menjadikan pengalaman membuka dan berkongsi mooncake sebahagian daripada tradisi yang terus diraikan saban tahun.

Di sebalik reka bentuknya yang anggun, koleksi ini menghimpunkan empat pilihan perisa yang mengekalkan cita rasa klasik, terdiri daripada Baked Red Bean Paste with Almond Flakes, Baked Pandan Paste with Single Yolk, Baked Lotus Paste with Single Yolk dan Baked White Lotus Paste, sekali gus menawarkan pilihan yang sesuai untuk pelbagai cita rasa.

The Hilton Mooncake Collection ditawarkan pada harga RM178 bagi sekotak yang mengandungi empat biji mooncake, menjadikannya pilihan untuk dinikmati bersama keluarga, sahabat atau dijadikan buah tangan sempena musim perayaan.

Bersempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Ogos boleh menikmati diskaun tawaran tempahan awal sebanyak 15 peratus, selain berpeluang membuat tempahan lebih awal bagi menyambut musim perayaan yang dinanti-nantikan.

Bagi tempahan pukal atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +6 013 880 3370 atau +6 013 888 0574 serta e-mel ke [email protected].

Menerusi The Hilton Mooncake Collection, Hilton menghidupkan semula antara tradisi paling bermakna dalam sambutan Mid-Autumn iaitu untuk saling berkongsi rezeki, menghargai satu sama lain dan mencipta kenangan bersama. 

Must Watch Video

Advertisement