Skip to main content

Bisnes

Jualan Ihsan Rahmah jadi tarikan utama kempen 9.9 TikTok Shop

TikTok Shop Malaysia
Kempen 9.9 TikTok shop yang bakal berlangsung pada 1 hingga 9 September bakal mengetngahkan Jualan Ihsan Rahmah. - Foto TikTok Shop Malaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Urusan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan kini turut dipermudah secara dalam talian menerusi Jualan Ihsan Rahmah di TikTok Shop, bersempena kempen 9.9.

Menerusi inisiatif itu, rakyat Malaysia boleh mengikuti TikTok Shop LIVE di @tiktokshop_my pada 8 September, dari jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam untuk mendapatkan tawaran Jualan Ihsan Rahmah.

Bagi yang terlepas sesi berkenaan, barangan terpilih Jualan Ihsan Rahmah masih boleh didapati di TikTok Shop dari 9 hingga 16 September dengan hanya mencari kata kunci “Jualan Ihsan Rahmah”.

Antara produk yang ditawarkan termasuk barangan daripada Kedai FGV, Milo, Drypers dan Vitamin, selain pembeli berpeluang menikmati baucar tunai sehingga 30 peratus, dengan tambahan sehingga 30 peratus apabila membuat bayaran menggunakan TikTok Pay, tertakluk kepada ketersediaan dan konsep siapa cepat dia dapat.

Dalam masa sama, kempen 9.9 TikTok Shop turut menghidupkan pengalaman membeli-belah menerusi konsep ‘Livestream Township’, yang menghimpunkan pelbagai sesi LIVE, kandungan interaktif, permainan serta tawaran daripada pencipta kandungan dan jenama dalam satu pengalaman membeli-belah digital.

Konsep itu turut menjadi sebahagian daripada Creator Icon x All Star 9.9 Showdown, dengan barisan mentor seperti Khairulaming, almiyaz.my, dearcarynn dan anaszahrin, serta 12 mentee termasuk foundertheke, susanlong168, ikakamarulzaman1.0, puterianum_, elysianajemaslin, kak_wangi, beymad_, nabila.othmann, gurlyn4, yewtk0916, hb9769 dan afzalizahazizan.

Kempen All Star Brand Festival pula menawarkan lebih 150 sesi LIVE dengan tawaran istimewa dan baucar terhad, termasuk kolaborasi Khairul Aming, Jack Lim, Almiyaz x Dessini, Neelofa & Haris X Nunha, Anas Zahrin, Harszan x COSMYTHS serta Hello Sonia x Dr.Melaxin pada tarikh dan waktu terpilih sepanjang kempen.

Bagi pemburu tawaran, 9.9 Super Brand Day turut menampilkan produk 100 peratus tulen daripada jenama terpilih dengan diskaun sehingga 70 peratus serta kemudahan TikTok PayLater dengan yuran ansuran sifar peratus sehingga 12 bulan bagi tawaran yang layak.

Antara tawaran utama termasuk Facerinna dan K-COLLY sehingga 30 peratus, ULIKE sehingga 70 peratus, Xiaomi Malaysia sehingga 72 peratus dengan hadiah percuma eksklusif (GWP), Panda Eyes sehingga 70 peratus, baucar RM80 daripada HABIB Jewels, serta tawaran Molfix dan Evony Official sehingga 16 peratus dengan GWP eksklusif.

Turut ditawarkan ialah Hialia sehingga 50 peratus, Continental Tayar MY sehingga 60 peratus berserta pemasangan percuma, dan Dagmara sehingga 80 peratus, dengan kempen kemuncak bermula 8 September.

Selain itu, pengguna boleh merebut baucar RM9 dengan minimum belian RM18 atau RM99 dengan minimum belian RM199, dengan pilihan produk daripada Kinohimitsu, GKB, Sedia Sihat, Make Over, The Raw, KKMY, Emas Jaguar Golden Jaguar, Kyta Closet dan Montigo.

Lebih menarik, Treasure Hunt turut memberi peluang kepada pengguna memburu baucar untuk mendapatkan iPhone dan AirPods pada harga RM99, bermula jam 8 malam dan seterusnya.

Untuk mendapatkan tawaran Jualan Ihsan Rahmah dan kempen 9.9, buka aplikasi TikTok, pilih Shop dan cari “Jualan Ihsan Rahmah” atau klik https://www.tiktok.com/t/ZSVskv5jm/ .

Must Watch Video

Advertisement