Skip to main content

Bisnes

Visi pengasas The Oasis, Mohd Asran diteruskan Aqmal Adam di Pentas JIWA SME

THE OASIS -- credit: Astro AWANI
The Oasis dinobatkan sebagai pemenang Pentas Cipta di Jelajah JIWA SME 2026 Sabah baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KOTA KINABALU: Idea mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam mengembangkan sektor pertanian sebagai peluang perniagaan mendapat pengiktirafan apabila The Oasis dinobatkan sebagai pemenang Pentas Cipta di Jelajah JIWA SME 2026 Sabah.

Diasaskan oleh Mohd Asran Lataga, The Oasis membawa pendekatan yang menggabungkan pertanian pintar dan mampan, hasil segar, produk makanan bernilai tambah serta elemen keusahawanan dalam membangunkan model perniagaan yang memberi manfaat kepada komuniti.

Pencapaian itu membuktikan sektor pertanian mempunyai ruang besar untuk diterokai golongan muda, bukan sekadar sebagai aktiviti pengeluaran makanan tetapi sebagai bidang yang mampu berkembang menjadi peluang perniagaan yang mampan.

Image
THE OASIS -- credit: Astro AWANI
The Oasis memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian pintar dan mampan, penghasilan produk segar serta produk pertanian bernilai tambah, inovasi keusahawanan mahasiswa dan inisiatif berorientasikan komuniti. - Foto The Oasis

Dalam masa sama, The Oasis membuka ruang kerjasama dengan organisasi, pemain industri dan komuniti menerusi perkongsian perniagaan, penajaan, peluang pasaran serta inisiatif kemasyarakatan yang boleh menyokong perkembangan pertanian dan keusahawanan belia di Sabah.

Usaha berkenaan turut memberi pendedahan dunia sebenar kepada mahasiswa dalam bidang pertanian, keusahawanan dan pengurusan perniagaan, selain membolehkan hasil pertanian dikembangkan kepada produk bernilai tambah yang mempunyai potensi pasaran.

Bagi meneruskan usaha itu, The Oasis memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian pintar dan mampan, penghasilan produk segar serta produk pertanian bernilai tambah, inovasi keusahawanan mahasiswa dan inisiatif berorientasikan komuniti.

Orang ramai serta organisasi yang berminat untuk menyokong, bekerjasama atau membangunkan peluang bersama The Oasis boleh mendapatkan maklumat menerusi saluran media sosial rasmi The Oasis atau menghubungi pihak The Oasis dan UMS.

Must Watch Video

Advertisement