HULU KELANG: Setiap kanak-kanak mempunyai potensi tersendiri, namun bakat dan kebolehan itu memerlukan peluang, sokongan serta persekitaran yang sesuai untuk berkembang.
Berpegang kepada aspirasi itu, Eskayvie meneruskan kerjasama strategik dengan Astro menerusi tajaan program bakat dan hiburan kanak-kanak, Tom Tom Bak, selepas penglibatan dalam Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, Tom Tom Bak dilihat sebagai platform untuk kanak-kanak mencuba perkara baharu, membina keyakinan dan mengenali potensi diri sejak usia muda.
“Bagi Eskayvie, Tom Tom Bak bukan sekadar program hiburan, tetapi sebuah platform yang memberi anak-anak ruang untuk mencuba, membina keyakinan dan mengenali potensi diri mereka sejak mereka masih muda lagi.
“Selepas Talk To My Manager musim kedua, kami mahu meneruskan aspirasi yang sama, iaitu potensi anak-anak ini boleh berkembang apabila mereka diberikan peluang, persekitaran dan sokongan yang betul.
“Inilah yang mahu kami perjuangkan melalui kempen Minda Cerdas, Potensi Onss!” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di sini, baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Kay turut menekankan, potensi kanak-kanak tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata kerana setiap individu mempunyai kekuatan berbeza, termasuk dalam bidang kreativiti, seni, komunikasi dan kepemimpinan.
Katanya, peranan ibu bapa adalah menyediakan ruang dan sokongan supaya anak-anak berani mencuba serta mengenali kekuatan diri mereka sendiri.
“Sebagai ibu bapa, jangan hanya melihat siapa anak kita hari ini.
“Lihatlah siapa yang mampu mereka jadi suatu hari nanti,” jelasnya.
Tambah beliau, pendekatan itu selari dengan aspirasi Eskayvie untuk membantu membina generasi yang bukan sahaja sihat, malah yakin dengan potensi diri dan berani pergi lebih jauh.
Dalam pada itu, Eskayvie melihat perkembangan kanak-kanak perlu disokong secara menyeluruh, merangkumi peluang untuk belajar, bermain dan meneroka, selain tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal, persekitaran positif serta pemakanan seimbang.
“Bagi Eskayvie, perkembangan seorang anak perlu dilihat secara menyeluruh. Peluang untuk belajar, bermain, meneroka dan membina keyakinan sangat penting.
“Dan pada masa yang sama, mereka juga memerlukan pemakanan yang seimbang serta nutrisi yang mencukupi sebagai asas untuk menyokong perkembangan minda dan juga kesihatan tubuh mereka.
“Sebab itu kami melihat nutrisi sebagai salah satu komponen penting dalam ekosistem perkembangan kanak-kanak,” ujarnya.
Seiring pendekatan itu, Eskayvie Mindtropic Junior diformulasi dengan nutrisi terpilih bagi menyokong perkembangan minda, fokus dan daya ingatan kanak-kanak, manakala Eskayvie Diffenz Junior diformulasi bagi membantu menyokong kesihatan imun dan kesejahteraan mereka sepanjang proses tumbesaran.
Selain Tom Tom Bak, Eskayvie turut memperluas pendekatan pendidikan kanak-kanak menerusi Owi Series menerusi platform YouTube dengan 10 episod dirancang untuk musim pertama.
Menerusi watak Owi yang diperkenalkan sebagai “Sahabat dan Pelindung Minda Anak-Anak”, kandungan itu membawa mesej pembelajaran, keyakinan, tabiat positif dan potensi diri dalam pendekatan yang lebih dekat dengan dunia kanak-kanak.
Tom Tom Bak yang diperkenalkan pada 2007, kini kembali dengan format lebih segar, menyasarkan keluarga Malaysia yang mempunyai anak berusia empat hingga 12 tahun, selain menampilkan semula pengacara ikoniknya yang juga Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.
Program berkenaan akan menampilkan lapan episod berdurasi 60 minit dan bersiaran dari 25 September hingga 13 November 2026, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria dan Astro Prima.
Untuk maklumat lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic Junior dan Eskayvie Diffenz Junior, sila layari laman sesawang rasmi Eskayvie.