Skip to main content

Gaya Hidup

Orkid harimau kembali berbunga selepas lapan tahun, pemilik tolak tawaran pembeli

GUA MUSANG, 18 Ogos -- Pekebun kecil, Razali Ayeh, 51, mencium bunga orkid harimau yang sedang mekar ketika ditemui pemberita di Kampung Redip di sini.  Penantian bertahun-tahun untuk melihat orkid harimau kembali berbunga membuatkannya tidak tergamak menjual tumbuhan eksotik itu walaupun terdapat pengunjung yang berminat untuk membelinya.  Orkid harimau atau nama saintifiknya Grammatophyllum speciosum yang ditanam sejak 2011 itu hanya berbunga sekitar lapan tahun sekali, menjadikan kemunculan bunganya sesu
Razali yang meminati keindahan landskap flora hutan berkata orkid berkenaan mudah dijaga dengan mengekalkan batang muda berwarna hijau serta mencantas batang yang sudah tua dan berwarna keperangan. - Foto BERNAMA
Advertisement

GUA MUSANG: Penantian lapan tahun untuk melihat orkid harimau miliknya kembali berbunga membuatkan seorang penduduk Orang Asli Kampung Redip, di sini, enggan menjual tumbuhan itu walaupun ada yang berminat untuk membelinya.

Pekebun kecil, Razali Ayeh, 51, berkata orkid harimau atau nama saintifiknya Grammatophyllum speciosum yang ditanam sejak 2011 itu berbunga buat kali kedua dengan kelopak bercorak belang yang menarik perhatian ramai.

“Saya dan penduduk teruja untuk menunggu ia berbunga. Sebelum ini ia pernah berbunga buat pertama kali pada 2018 dan untuk tahun ini ia mengeluarkan kelopak bercorak belang yang sangat cantik buat kali kedua,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Redip, di sini.

Razali berkata terdapat tiga pokok orkid yang ditanam di rumahnya, namun hanya satu spesies orkid harimau.

“Ada pengunjung yang melihat bunga ini sedang mekar meminta untuk membelinya, tetapi saya tidak jual kerana sayang dan bukan mudah untuk mendapatkannya kerana ia tumbuh di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.

“Saya terjumpa anak pokok ini yang ketika itu terjatuh dari sebatang pokok semasa bekerja dan membawanya pulang sekadar untuk dijadikan hiasan di penempatan kami kerana Kampung Redip menjadi tumpuan pengunjung memandangkan kami mempunyai inap desa,” katanya.
 

Image
GUA MUSANG, 18 Ogos -- Orkid harimau yang sedang mekar berbunga milik pekebun kecil, Razali Ayeh, 51, ketika ditemui pemberita di Kampung Redip di sini.  Penantian bertahun-tahun untuk melihat orkid harimau kembali berbunga membuatkannya tidak tergamak menjual tumbuhan eksotik itu walaupun terdapat pengunjung yang berminat untuk membelinya.  Orkid harimau atau nama saintifiknya Grammatophyllum speciosum yang ditanam sejak 2011 itu hanya berbunga sekitar lapan tahun sekali, menjadikan kemunculan bunganya ses

Razali yang meminati keindahan landskap flora hutan berkata orkid berkenaan mudah dijaga dengan mengekalkan batang muda berwarna hijau serta mencantas batang yang sudah tua dan berwarna keperangan.

“Saya tidak menanamnya di dalam pasu kerana ingin ia membesar dengan ruang yang cukup. Selepas berbelas tahun ia membiak daripada sebatang menjadi serumpun pohon yang besar. Untuk pastikan ia hidup subur, saya menggunakan sabut kelapa serta menempatkannya di tempat yang lapang untuk mendapat cahaya matahari yang cukup,” katanya.

Spesies eksotik asli tempatan itu turut dikenali sebagai “orkid tebu” oleh masyarakat setempat kerana struktur batangnya yang memiliki ruas panjang.

Keindahan tumbuhan berkenaan ketika berbunga kini menjadi antara tarikan di Kampung Redip, yang turut mempunyai kemudahan inap desa untuk pengunjung.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement