awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

150 pelukis dari 15 negara berkampung di Perlis

Bernama
Bernama
28/08/2023
05:17 MYT
150 pelukis dari 15 negara berkampung di Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima dari kanan) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kanan) bersama antara pelukis yang terlibat dalam program 'Perlis Art Bridge Exhibition: International Art Camp 2023.'
KANGAR: Seramai 150 pelukis antarabangsa dari 15 negara berkampung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari 23 Ogos hingga semalam, bagi menjayakan program 'Perlis Art Bridge Exhibition: International Art Camp 2023' anjuran City Art Gallery.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titah baginda, menzahirkan ucapan terima kasih kepada penganjur dan pengasas program, Datuk Vincent Sim kerana memulakan dan menganjurkan acara itu serta membawa artis yang berbakat dari negara luar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan UniMAP hari ini, baginda turut menyuarakan harapan agar lebih banyak pameran seumpama itu diadakan di negeri Perlis.
Menurut kenyataan itu majlis perasmian program berkenaan disempurnakan oleh Baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sementara itu, Vincent Sim dalam kenyataan sama berkata, program berkenaan bertujuan menghasilkan karya bermotifkan pelancongan dan warisan di negeri Perlis anjuran City Art Galery dengan kerjasama kerajaan negeri, UniMAP, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Persatuan Seni Lukis Perlis, Persatuan Seni Lukis Kedah Utara dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs').
"Sebanyak 86 lukisan istimewa diserahkan kepada negeri Perlis melalui program ini, iaitu sembilan kepada UniMAP, lima kepada PTSS dan 72 lagi kepada Galeri Seni Lukis Negeri Perlis di Perpustakaan Simpang Empat di bawah koleksi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.
"Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kecil kami untuk menjayakan momentum persediaan bagi sama-sama menjayakan kempen Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025 yang menyasarkan seramai 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan bertandang ke negeri ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#150 pelukis
#150 pelukis berkampung di Perlis
#Raja Muda Perlis
#Perlis Art Bridge Exhibition
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan