awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan
CIMB Islamic komited RM20 juta untuk alam sekitar
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

230 kanak-kanak menyertai program Khatan Perdana

Bernama
Bernama
17/11/2012
06:09 MYT
230 kanak-kanak menyertai program Khatan Perdana
Sebanyak 230 kanak-kanak hari ini menyertai program Khatan Perdana 2012 yang berlangsung di Dewan 2020 di Kangar.
Program tahunan anjuran kerajaan negeri Perlis itu dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Sebelum dikhatankan, mereka diarak dengan keretapi mini Taman Ular dan Reptilia (TUR) Perlis mengelilingi Dewan 2020 sebelum dimandikan beramai-ramai dengan pancutan air oleh jentera bomba.
Md Isa berkata program itu bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk mengkhatankan anak mereka di samping mewujudkan suasana mesra dan ceria dalam majlis berkhatan.
Dewan 2020 yang sebelum ini menjadi tempat berseminar, persidangan dan acara rasmi kerajaan hari ini bertukar menjadi dewan bedah dengan puluhan petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan klinik-klinik kesihatan mengendalikan program khatan itu.
Topic Berkaitan
#Isa Sabu
#Kangar
#Khatan
#Perlis
#tuanku fauziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan