Tahukah anda, setiap 24 jam, 3,287 orang di dunia dijual sebagai hamba.
Menyedari peri pentingnya isu itu diketengahkan terhadap masyarakat, pada Sabtu 19 Nov ini, anda boleh menyertai individu lain untuk turut sama-sama untuk menyuarakan pendirian mengenai isu 'perhambaan zaman moden' menerusi larian amal, 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016.
Berikut adalah tiga perkara anda perlu tahu mengenai 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016:
1. Bila acara 24 Hour Race dimulakan dan oleh siapa?
24 Hour Race mula dianjurkan pada 2010 di Hong Kong. Kini ia melibatkan negara-negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Korea.
Tahun lalu sahaja, lebih 2,000 pelajar dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia mengambil bahagian dalam 24 Hour Race di negara masing-masing dalam usaha untuk memerangi perhambaan moden.
Sejak 2010, 24 Hour Race melibatkan lebih 100,000 penyertaan di Hong Kong, Singapura dan Kuala Lumpur dan berjaya mengumpul dana lebih AS$550,000 melalui pelbagai majlis amal dan kempen kesedaran mengenai isu perhambaan moden.
2. Apakah matlamat utama 24 Hour Race?
Inisiatif 24 Hour Race telah dimulakan oleh sekumpulan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-perhambaan di negara-negara seperti Nepal, Hong Kong, Kemboja, Singapura dan Malaysia.
Matlamat pergerakan berkenaan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin untuk memacu di barisan hadapan bagi menentang perhambaan moden.
3. Bilakah larian 24 Hour Race akan diadakan di Kuala Lumpur?
24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan pada 19 Nov bermula 9 pagi dan akan berakhir 20 Nov, 9 pagi bertempat di IGB International School, Sierramas, Sungai Buloh.
24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan serentak di Hong Kong dan Singapura pada 19 Nov ini. Manakala, larian di Seoul, Korea telah berlangsung pada 12 September lalu di Cheonggye Plaza.
Mereka yang berminat untuk menyokong atau menderma untuk tujuan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.
Tan Su Lin
Thu Nov 17 2016

Inisiatif 24 Hour Race telah dimulakan oleh sekumpulan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-perhambaan. - Foto Facebook 24 Hour Race

PATI | Rawatan COVID-19 di Malaysia jadi keutamaan PATI?
Modus operandi sindiket PATI terus berubah untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa ketika menceroboh perairan negara. Namun, bukan hanya untuk mendapatkan pekerjaan semata mata, sebaliknya mereka kini lebih berminat dengan rawatan kesihatan terutamanya COVID-19 di Malaysia. Ikuti laporan khas wartawan Fareez Azman.

Restoran stimbot China tawar khidmat bawa pulang
Hidangan stimbot yang lazim dimakan secara berkumpulan, begitu sinonim dengan musim sejuk di China. Bagi meningkatkan penjualan dalam tempoh wabak ketika ini, restoran stimbot China mula menyediakan perkhidmatan bawa pulang secara dalam talian untuk pelanggan, khususnya yang terpaksa berada di rumah.

Singapura lebih tegas banteras rasuah berbanding Malaysia
Singapura sudah lama mengenakan tindakan tegas terhadap perasuah, tidak kira siapa pun, baik menteri mahupun rakyat biasa.

Warga Chongqing tonton filem rai Tahun Baru Cina
Susulan kawalan perjalanan akibat penularan baharu COVID-19, warga China dijangka memilih untuk ke pawagam bagi meraikan percutian Tahun Baharu Cina nanti. Bagi penduduk di Chongqing di Barat Daya China, bercuti selama tujuh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 12 Februari, meluangkan masa di pawagam dianggap sebagai cara yang ideal.

Rentas Negeri | Guna budi bicara penduduk tinggal dekat sempadan
Pihak berkuasa disaran untuk menggunakan budi bicara kepada penduduk yang berada di kawasan sempadan lain melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan mencari barang keperluan asas atau urusan penting. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ada kes-kes terpencil di mana penduduk perlu melakukan perjalanan melebihi daripada jarak yang dibenarkan iaitu 10 kilometer (km).
![[INFOGRAFIK] Apakah langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19? [INFOGRAFIK] Apakah langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887576/8967789641611837013003_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Apakah langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19?

CPI tidak bertambah baik sellagi terus rebut kuasa
Selagi ahli politik terus berebut kuasa dan ekonomi serta politik Malaysia masih dalam keadaan tidak stabil, selagi itulah Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara ini tidak akan bertambah baik.

Proklamasi Darurat | PH pertahan tindakan kehakiman
Pakatan Harapan menafikan semakan kehakiman yang diambil bertujuan untuk mencabar proklamasi darurat yang diisytihar 11 Januari lalu. Sebaliknya tindakan mahkamah itu bagi mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Ordinan Daruat | Kerajaan sedang gubal naik nilai kompaun
Kerajaan sedang menggubal ordinan darurat bagi meningkatkan kompaun terhadap individu atau syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
![[INFOGRAFIK] SOP upacara Thaipusam di kuil semasa PKP / PKPB [INFOGRAFIK] SOP upacara Thaipusam di kuil semasa PKP / PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887572/8967789641611836011773_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] SOP upacara Thaipusam di kuil semasa PKP / PKPB

3 perkara anda perlu tahu tentang 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016
Sabtu 19 November ini, anda boleh menyertai individu lain untuk sama-sama untuk menyuarakan pendirian mengenai isu 'perhambaan zaman moden' menerusi larian amal, 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016.