IPOH: Sebuah warung di Taman Temara di sini menawarkan roti canai dengan sedikit kelainan - atau boleh juga dikatakan dengan banyak kelainan, kerana ia menawarkan variasi 42 jenis hidangan roti canai.
Antara yang menjadi permintaan ramai pelanggan di sini ialah Roti Beef Cheese Blackpepper, Roti Chicken Mushroom Cheese dan Roti Banana Ice Cream, lebih-lebih lagi selepas variasi pelbagai menu yang ditawarkan itu menjadi tular baru-baru ini.
Pemilik perniagaan itu Zammawi Jaafar, 49, atau dikenali dengan nama panggilan Ijam berkata, lain-lain menu yang turut menarik perhatian ramai pelanggannya termasuk Roti Pulau Ayam, Roti Pizza Cheese dan Roti Lipat Lapan.
"Sejak usia remaja saya sudah merantau ke negeri lain dan menceburkan diri dengan kerja menebar roti canai sebelum mula berniaga sendiri di bawah pokok sekitar taman ini.
"Saya sentiasa menambah jenis roti canai yang ada supaya orang ramai mempunyai pelbagai pilihan dan tidak jemu untuk makan di sini, malah saya juga mementingkan kualiti makanan dengan bantuan isteri dan anak-anak, serta lebih 10 pekerja, untuk menjalankan perniagaan ini," katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata roti canai yang ditawarkan bermula dari RM1.40 hingga RM15 satu hidangan, di warung yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari itu, dan pada bulan Ramadan ini pula beliau merancang untuk membuka gerainya dari pukul 3.30 petang sehingga 6.30 petang.
Sementara itu, isterinya Azyyati Ghazali, 45, berkata beliau turut terlibat menebar roti canai yang berjumlah sehingga ribuan keping dalam sehari, terutama ketika hari cuti dan hujung minggu berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai.
"Sejak awal pagi kami menebar roti tanpa henti selama berjam-jam bagi memenuhi permintaan pelanggan termasuk ratusan tempahan secara bungkus," katanya.
Seorang pelanggan yang ditemui Nur Ain Zulaikha Nor Azhar, 27, berkata beliau datang dari Batu Gajah semata-mata ingin bersarapan di warung itu kerana kelazatan Roti Beef Cheese Blackpepper.
"Roti canai jenis ini paling saya gemari kerana rasanya yang amat sedap jadi saya datang kembali untuk menikmatinya lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Pekerja Muhd Shazuwie menyediakan roti Banana Ice Cream di Warung Roti Canai Ijam Taman Temara Ipoh. - Foto BERNAMA

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

42 jenis roti canai beri penggemar pelbagai pilihan
Sebuah warung di Taman Temara menawarkan roti canai dengan sedikit kelainan - atau boleh juga dikatakan dengan banyak kelainan, kerana ia menawarkan variasi 42 jenis hidangan roti canai.

Gerai roti canai popular diarah tutup
Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

PRU15: Tebar roti canai hingga 2 pagi
Othman berkata, dia seronok melihat orang ramai menjamu roti canai 'air tangannya' itu.

Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia
Senarai itu menerima pelbagai reaksi dari penggemar makanan antarabangsa, baik yang bersetuju mahupun yang mempertikai.

Roti canai makanan jalanan terbaik dunia - Portal
Roti canai disifatkan sebagai "mempunyai tekstur dalaman yang lembut, dan lapisan luar yang rangup".

Kerja tak glamor tetapi lumayan, lelaki ini percaya minat boleh datangkan hasil
Hampir 30 tahun berpengalaman sebagai penebar roti canai, Jafri Sani, 56, mengakui meminati kerjaya ini sejak usia 19 tahun.

Tarikan roti canai warna-warni di Kuala Selangor
Dimyati berkata secara purata menerima 300 pelanggan pada hari Selasa hingga Khamis dan boleh mencecah 1,000 pelanggan ketika beroperasi pada hujung minggu.

10 tahun tebar roti canai, Nur Azierah kini sedia lebar sayap perniagaan
Nur Azierah Abd Aziz mula menebar roti canai sejak berusia 15 tahun lagi.

Roti canai: PRESMA pastikan ahlinya tidak kenakan harga luar biasa
PRESMA akan memastikan kenaikan harga roti canai di restoran mamak dan bistro adalah paling minima dan tidak membebankan pengguna.

Bekas tentera kekal jual roti canai 50 sen sejak 1988
Md Kamil berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga sebaliknya akan terus mengekalkannya sebagai tanda perkongsian rezeki bersama penduduk setempat.