awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

74 peratus pilih menangis semasa mandi - Kajian

Agensi
Agensi
11/10/2020
09:16 MYT
74 peratus pilih menangis semasa mandi - Kajian
Menangis adalah perkara paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri, selain mendengar muzik.
SATU kajian mendapati 74 peratus daripada kita memilih untuk menangis ketika sedang mandi.
Showerstoyou, sebuah peruncit bilik mandi beribu pejabat di United Kingdom meninjau 57,000 sampel dari seluruh dunia dan mendapati bahawa tempat yang paling disukai untuk menangis adalah di bilik mandi.
Mengapa ini berlaku?
Tidak ada jawapan yang pasti kerana tidak banyak penyelidikan saintifik mengenai kaitan menangis dan bilik mandi, tetapi pakar mempunyai beberapa teori.
Profesor psikologi, Ad Vingerhoets dari Tilburg University memberitahu, menangis merupakan perkara paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri, selain mendengar muzik.
Terdapat juga teori yang menyatakan bilik mandi memberikan tahap privasi yang tinggi, di samping memberi rasa hangat dan selesa, sekaligus membuatkan menangis ketika mandi sebagai pilihan terbaik meredakan tekanan.
Namun menangis bersendirian tidak baik untuk psikologi, kata dua ahli psikologi dari University of South Florida, Jonathan Rottenberg dan Lauren M. Bylsma pula.
"Mereka yang mendapat sokongan sosial ketika menangis akan dapat memperbaiki mood, tetapi menangis bersendirian lebih sukar untuk mendapatkan rasa tenang selepas menangis," kata dua sarjana itu.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#menangis
#mandi
#tekanan
#Kajian
#penyelidikan
#teori
#Ad Vingerhoets
#Jonathan Rottenberg
#Lauren M Bylsma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan