awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes di AS berterusan susulan insiden tembakan di Minneapolis
Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'
Banteras rasuah: "Akan ada 'suara' pertikai dalam setiap kes berprofil tinggi" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acara penyusuan terbesar pecah Malaysia Book of Records

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/08/2016
14:00 MYT
Acara penyusuan terbesar pecah Malaysia Book of Records
Kumpulan itu berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang melibatkan 432 ibu dan bayi pada 2013. - Foto Astro AWANI
Seramai 820 ibu dan anak berjaya mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori acara penyusuan secara serentak yang terbesar di negara ini.
Kumpulan itu berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang melibatkan 432 ibu dan bayi pada 2013.
Acara penyusuan itu diadakan serentak di ATRIA Shopping Gallery di sini dan di tiga lagi lokasi di Gurney Paragon, Pulau Pinang, Plaza Merdeka, Kuching Sarawak dan Geneva Banquet, Johor Bahru, Johor.
Peserta layak mendapat pengiktirafan berkenaan selepas menyusukan bayi masing-masing selama 15 minit.
Program penyusuan berkenaan dianjurkan The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) bersama Anggugu.com, Susuibu.com, Kumpulan Sokongan Susu Ibu Sarawak (KUSSIS) dan Mother To Mother Peer Support Group Penang (MMPS).
Plak pengiktirafan Malaysia Book of record disampaikan Pengurus Pejabat The Malaysia Book of Records, Lee Pooi Leng kepada pihak penganjur berkenaan.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.
Minggu Penyusuan Sedunia disambut bermula 1 hingga 7 Ogos.
Topic Berkaitan
#Malaysia Book of Records
#susu ibu
#The Breastfeeding Advocates Network
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan