Jika sebelum ini nasi goreng timun bebas GST Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi bualan, penutup 2018, bekas timbalan menteri itu muncul dengan nasi goreng petai pula.
Berkongsi gambar di akaun Twitter miliknya, Ahmad berkata, ia merupakan sarapan akhir tahunnya, sambil menghuraikan resepi nasi goreng yang dimasaknya sendiri itu.
"Petai jangan dikupas, daging, telur, bawang, halia, lada, garam dan minyak sawit,” tulisnya di posting itu yang mencuit hati pengguna laman sosial.
BACA: Nasi goreng timun Ahmad Maslan dikecam netizen
Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menyatakan, 2018 merupakan tahun yang amat mencabar dalam hidupnya.
"Namun, syukur masih boleh tersenyum, dengan ingatan, 'ada aku kisah apa yang engkau orang cakap?'" katanya.
Status tersebut turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
“Kenapa tak perlu kupas petai?” soal ahli Parlimen DAP itu di ruangan komen.
Netizen juga rata-rata membanjiri ruangan komen.
Ada yang menyarankankan pemimpin UMNO itu dijemput menyertai rancangan masakan di televisyen sementara ada yang mencadangkan pemimpin UMNO itu menulis buku masakannya sendiri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah berkata Ahmad memainkan peranan signifikan dan perlu terus berada di blok pembangkang.
Beliau menyifatkan, Ahmad akan mempunyai peluang yang cerah menjadi pembangkang yang hebat sekiranya terus bersama Barisan Nasional (BN).
BACA: Ahmad Maslan jangan lompat ke PH, kata Nurul Izzah
Izzah menyifatkan bahawa tiada kerajaan yang boleh berfungsi tanpa mempnyai pembangkang yang berkemampuan dan menghargai peranan Ahmad Maslan sebagai ahli parlimen pontian dan terlibat dalam sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat.
Firdaus Alauddin
Sun Dec 30 2018

Ahmad menunjukkan gambar nasi goreng petai yang menjadi sarapan akhir tahunnya di laman Twitter miliknya. Foto Twitter Ahmad Maslan

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.

Survival paling penting buat masa ini - Bront Palarae
Biarpun baru sahaja memenangi trofi berprestij, Bront bersikap realistik dan tidak mahu membuat jangkaan besar dalam kerjayanya.

Darurat bukan gantung terus sidang Parlimen
Darurat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidaklah terus menggantung sidang Parlimen atau menutup ruang untuk Ahli Parlimen bersuara.

Penyokong politik perlu berani tukar ketua terlibat rasuah - Hussamuddin
Negara kini memerlukan sistem organisasi baharu memandangkan yang ada sekarang sudah gagal untuk memerangi rasuah malah negara memerlukan orang baharu untuk memimpin juga.

Laporan khas | Lagi khazanah alam musnah dek pembangunan
Lihatlah keadaan sekarang.. Menyedihkan.. menyakitkan mata dek kerana pembangunan yang dikatakan lestari, tetapi indah khabar dari rupa.

Jawatankuasa bebas | DAP sedia beri kerjasama
Ahli Parlimen Bagan itu mengingatkan Perdana Menteri agar tidak mengambil kesempatan terhadap niat pembangkang sebagai jalan “meluluskan” keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan

Pengorbanan | Tinggal di kampung Orang Asli selepas berkahwin
Sanggup mengubah kehidupan dan meninggalkan kehidupan selesa di bandar. Itu yang dilakukan Nur Amalina Ismail, 29 tahun selepas dia mengahwini Orang Asli dan menjalani kehidupan di perkampungan di Kampung Plug, Pos Tuel, Gua Musang Kelantan bersama suaminya Mohd. Fardhu Angah dari suku kaum Temiar.
![[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara [INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9372941391610869056569/1885949_8967789641610869430592_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Operasi sekolah dan institut pendidikan seluruh negara

AWANI Ringkas: Jawatankuasa bebas: DAP sedia kerjasama | Darurat: Ada klausa benarkan sidang Parlimen

Ini cara bijak Belanda atasi hakisan pantai
Belanda beralih pula kepada -Sand Motor-, pasir yang dikorek dan ditambak di satu kawasan - membentuk bukit pasir secara semulajadi.

"Dilahir dalam keluarga miskin, bukan sifat saya hina orang" - Ahmad Maslan mohon maaf
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan dirinya.

‘Baru saya sedar, rupanya saya tak ada PhD’ - Annuar Musa
"Baru saya sedar rupanya saya tak ada PhD". Demikian seloroh Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Twitternya petang Ahad.

"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan
Itu pertanyaan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang mempertahankan cadangan agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan ketika ini.

Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi
Jelasnya, pemikiran yang saksama ini penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan atau kekeliruan ketika sebarang kenyataan dikeluarkan.

'Tidak perlu PhD untuk tahu rakyat susah' - Syed Saddiq bidas Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Muar itu berkata, PhD tidak diperlukan untuk mengetahui keadaan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan, kelaparan dan sakit.

Jangan putar belit kenyataan Ahmad Maslan, dia tidak rujuk kes saya - Najib
Ahmad didakwa berkata tindakan PN meneruskan kezaliman kerajaan terdahulu sebagai tidak wajar, dan menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO.

UMNO tidak sokong Bersatu kerana kes mahkamah? Itu pemikiran 'pisang goreng' - Khairy
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kenyataan tersebut jelas sebagai alasan yang tidak berkualiti.

"Lain tergigit,lain yang pedas..."- Annuar Musa
"Lain tergigit,lain yang pedas.." kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) melalui satu ciapan di Twitternya pada Rabu.

Konflik UMNO kerana dendam tidak dapat jawatan - Penganalisis
Jelas beberapa penganalisis politik, konflik dalaman UMNO berpunca daripada isu pengagihan jawatan.

Pemimpin UMNO negeri mula bermesyuarat
Mesyuarat Biro Politik UMNO sudah bermula sekitar pukul 4.30 petang.