PERTANDINGAN Miss Universe 2016 telah melabuhkan tirai pagi tadi, dengan Ratu Perancis, Iris Mittenaere, dinobatkan sebagai pemenang gelaran tersebut yang ke-65.
Namun begitu, seperti juga tahun-tahun sebelum ini, pertandingan Miss Universe tidak lepas daripada kontroversi.
Tahun ini, netizen rata-ratanya berkongsi rasa simpati terhadap Ratu Kenya, Mary Esther, ketika sesi soal jawab di peringkat '6 Teratas'.
Soalan yang ditanyakan hos, Steve Harvey, kepada Mary berbunyi, "Apakah yang paling mengujakan anda tentang pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat?"
Jawapan yang diberi Mary agak selamat, apabila melontarkan pendapat bahawa kemampuan Trump menyatukan penyokongnya sepanjang kempen pemilihan berlangsung merupakan sesuatu yang positif, sekali gus memberi bayangan kepada keupayaannya sebagai presiden.
Begitupun, Mary nyata tidak dapat menyembunyikan rasa gugupnya ketika memberikan jawapan.
Di laman sosial, pengguna laman sosial mempersoalkan relevan soalan sedemikian diajukan kepada peserta, apatah lagi peserta berkenaan bukan rakyat Amerika Syarikat yang akan terkesan secara langsung dengan dasar pemerintahan Trump.
Soalan berbaur politik, kata mereka, sepatutnya tidak dijadikan asas untuk menilai kebijaksanaan peserta.
Pertandingan Miss Universe merupakan anjuran Miss Universe Organization, di bawah kendalian agensi pengurusan bakat WME/IMG.
Ia sebelum ini dimiliki Trump dari tahun 1996 hingga 2016.
Madiha Abdullah
Mon Jan 30 2017
Ramai berpendapat soalan berbaur politik, kata mereka, sepatutnya tidak dijadikan asas untuk menilai kebijaksanaan peserta.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.