awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi liar sang buaya! Hilangkan bosan dengan lawatan maya ke Zoo Taiping

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2021
04:54 MYT
Aksi liar sang buaya! Hilangkan bosan dengan lawatan maya ke Zoo Taiping
Melalui komen di laman Facebook, pengunjung menyatakan rasa gembira dan terharu dengan usaha yang dilakukan pentadbiran Zoo Taiping. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lawatan maya ke Zoo Taiping pada pagi Ahad mengubat kerinduan pengunjung yang suka melihat pelbagai jenis haiwan di zoo.
Sesi Facebook Live dan Instagram yang ditayangkan pada pagi Ahad memberi peluang pengunjung menyaksikan buaya tembaga secara langsung selain sesi penerangan pegawai veterinar Zoo Taiping dan Night Safari.
Melalui komen di laman Facebook mereka, pengunjung menyatakan rasa gembira dan terharu dengan usaha yang dilakukan pentadbiran Zoo Taiping dalam membawa siaran langsung keadaan di dalam zoo kepada masyarakat.
Ditambah dengan tiada caj dikenakan, ia inisiatif terbaik yang menggembirakan pengunjung selain menambah aktiviti kanak-kanak terutamanya semasa duduk di rumah.
Rata-raya pengunjung maya lawatan tersebut mengharapkan Zoo Taiping dapat mengadakan lawatan seumpama itu selepas ini namun ditambah dengan haiwan lain lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Zoo Taiping & Night Safari (@zootaiping)
Namun, ada juga yang melahirkan rasa tidak puas kerana tidak dapat melihatnya di hadapan mata dan berharap pandemik akan segera berakhir serta rakyat dalam meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Sebelum ini, Taman Buaya dan Rekreasi Melaka turut menganjurkan lawatan secara maya menggunakan medium Google Meet.
Dengan bayaran RM7 sahaja, orang ramai berpeluang untuk melihat haiwan-haiwan yang berada di sana dan demonstrasi memberi buaya makan melalui dua sesi iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang.
Selain kedua-dua zoo berkenaan, antara lokasi menarik lain yang menganjurkan lawatan secara maya adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Google
#Instagram
#pandemik
#zoo
#buaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan