KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru rakyat Malaysia agar terus memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan melibatkan penyakit diabetes meskipun negara masih dilanda penularan wabak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Malaysia, satu daripada lima individu berusia 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap diabetes pada 2019 tanpa pengetahuan mereka.
"Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada responden ini tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit diabetes. Pesakit diabetes juga berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi serius sekiranya dijangkiti COVID-19," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 bertemakan 'Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?' hari ini, beliau berkata rakyat Malaysia perlu mengambil berat akan kesihatan mereka agar pencegahan awal terhadap penyakit berkenaan mampu dilakukan.
"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing kerana kesihatan adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kenali dan fahami faktor risiko, tanda dan gejala penyakit diabetes supaya pencegahan dan rawatan awal dapat dilakukan.
"Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala terutamanya apabila umur semakin meningkat dan mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes. Kebiasaannya orang ramai tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit diabetes sehingga menjalani pemeriksaan kesihatan atau menunjukkan tanda-tanda awal diabetes," katanya.
Antara komponen asas penjagaan diabetes turut dikongsikan ialah akses kepada rawatan ubat-ubatan dan insulin, pemantuan kendiri, pendidikan dan psikososial dan pemakanan sihat serta aktiviti fizikal.
Tema pada tahun ini juga bertepatan dengan 100 tahun penemuan insulin bagi merawat penyakit diabetes.
KKM juga menyeru agar semua anggota kesihatan, badan-badan berkanun, badan sukarelawan, universiti dan semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengurangkan risiko dan komplikasi penyakit diabetes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing kerana kesihatan adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. - Gambar hiasan
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.