TAPAH: Kanak-kanak Orang Asli, Rafizal Baharom, 11, mencuri tumpuan apabila memiliki sepasang mata berwarna biru yang dikurniakan sejak lahir.
Anak bongsu daripada dua beradik daripada suku kaum Semai itu yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu, sering mendapat perhatian daripada warga sekolahnya yang terpesona dengan keunikan matanya dan selalu diajak bergambar.
Ibunya Roshayati Bahmiri, 36, berkata beliau, abang dan anak sulungnya Rafizi, 14, juga memiliki warna biru namun pada sebelah mata sahaja dan menolak tanggapan orang ramai bahawa anugerah itu diperoleh hasil perkahwinan campur atau mempunyai keturunan yang bermata biru.
"Ramai yang bertanya adakah saya berkahwin dengan 'mat saleh' dan pelik dengan kurniaan mata seperti ini. Saya hanya menjawab dengan tenang bahawa ini adalah anugerah daripada Allah untuk kami sekeluarga," kata pekerja pembersihan di sebuah sekolah itu ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu 19, kira-kira 100 kilometer (km) dari Ipoh.
Beliau berkata Rafizal mula belajar bahasa isyarat ketika berusia sembilan tahun dan kini menetap di asrama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Chemor di Ipoh.
Menurutnya, walaupun terpaksa berjauhan, usaha ini penting demi membaiki kekurangan Rafizal dari segi pertuturan dan pendengaran sekali gus dapat menguasai bahasa isyarat agar mudah untuk berkomunikasi.
Seperti kanak-kanak lain, Rafizal seorang anak yang aktif bermain dan melakukan hobi pada masa lapang dengan memancing di kawasan rumah bersama ayahnya, Baharom Bangal, 35, yang bertugas sebagai pembantu awam di pejabat Tanah dan Galian, Tanah Rata.
Menurut ibunya lagi, Rafizal mendapat Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan bagi meringankan bebannya untuk perbelanjaan berkaitan sekolah.
Dalam pada itu, guru kelasnya A. Tain Moli berkata Rafizal merupakan seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang sukan dan baru-baru ini beliau menyertai acara lontar peluru untuk Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD).
"Walaupun dia mempunyai kekurangan untuk bercakap dan mendengar, Rafizal mahir menggunakan bahasa isyarat yang dipelajarinya. Kami kagum dengan kesungguhannya," katanya.
Kisah mata biru Rafizal sebelum ini mendapat tumpuan menerusi hantaran Facebook milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang rata-rata netizen memuji keistimewaan dan kelebihan dimiliki kanak-kanak comel tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Anak bongsu daripada dua beradik sering mendapat perhatian daripada warga sekolahnya yang terpesona dengan keunikan matanya dan selalu diajak bergambar. - Foto BERNAMA
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.
Sistem PADU bantu Orang Asli elak tercicir inisiatif kerajaan
Along, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU.
Banjir: JAKOA akan pastikan masalah Orang Asli diselesaikan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memastikan setiap masalah yang dihadapi mangsa banjir melibatkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara, akan diselesaikan segera.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.