KUALA LUMPUR: “Risiko yang paling besar adalah tidak mengambil sebarang risiko,”.  

Ini antara kata-kata yang biasa kita dengar jika kita terlibat dalam hal-hal pelaburan.

Sekali dengar, pelaburan menjanjikan potensi pulangan kepada wang anda berlipat kali ganda bergantung kepada jenis pelaburan dan selera risiko, namun salah satu perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum melabur adalah apakah jenis-jenis risiko yang ada.

“Pelaburan yang berjaya adalah tentang pengurusan risiko dan bukan mengelak darinya”.   

Untuk ketahui sama ada anda bersedia untuk melabur atau sebaliknya, kita lihat dahulu aspek kewangan anda.

Empat tanda anda bersedia untuk melabur

Bolehkah anda mula melabur dengan nilai yang kecil seperti RM100? Atau mungkin sebesar RM1,000?

Sudah tentu! Banyak medium pelaburan yang anda boleh pilih dan potensi pulangan juga bergantung kepada toleransi risiko yang anda mampu ambil.

Lapan pelaburan anda boleh pertimbangkan
Lapan pelaburan anda boleh pertimbangkan
Lapan pelaburan anda boleh pertimbangkan
Lapan pelaburan anda boleh pertimbangkan
Lapan pelaburan anda boleh pertimbangkan


Sebelum anda memilih jenis pelaburan yang anda mahukan, terdapat beberapa perkara anda perlu berikan perhatian.

1. Ketahui tahap toleransi risiko

Biasanya, orang ramai hanya bercakap soal risiko berbanding pulangan semakin tinggi potensi pulangan maka semakin tinggi risiko.

Pasaran yang sihat sememangnya ada pasang surut dan ini boleh mencetuskan sama ada rasa teruja atau kecewa.

Bagi sesetengah pelabur, mereka tahu bahawa mereka mungkin akan rugi dalam jangka masa pendek namun akan untung dalam jangka masa panjang.

Namun bagi individu yang lebih konservatif, mereka lebih cenderung untuk mengambil risiko yang rendah.

Justeru anda perlu menilai tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan.

2. Pelbagaikan pelaburan

Jika anda mahu melabur, sentiasa ingat untuk mempelbagaikan pelaburan. Ini adalah konsep asas pelaburan yang semua perlu faham supaya jika salah satu pelaburan gagal, anda tidak akan kehilangan semua wang anda.

Malah melalui cara ini juga anda akan meraih pulangan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

3. Melaraskan  campuran pelaburan anda dari semasa ke semasa

Secara amnya  risiko pelaburan yang rendah adalah baik untuk anda capai sasaran akhir,tidak kira untuk persaraan atau perkara lain.

Ini kerana jika pasaran jatuh, anda akan pulih dengan lebih pantas.

Namun anda juga boleh menyeimbangkan semula portfolio anda secara tahunan bagi memastikan risiko yang ditanggung bersesuaian dengan keadaan semasa demi pulangan yang lebih terjamin.

Adakah anda perlukan khidmat nasihat untuk melabur?

Ya. Untuk memastikan pilihan tepat dari segi kelas aset dan pulangan pelaburan, adalah lebih baik anda menerima khidmat nasihat daripada perunding unit amanah yang bertauliah dan berdaftar.

Principal adalah antara syarikat pengurusan pelaburan yang menawarkan khidmat lengkap untuk anda dengan keupayaan, pengalaman dan penyelesaian patuh Syariah yang meliputi segenap aspek termasuk Unit Amanah, Skim Persaraan Swasta, dan i-Invest KWSP.

1. Principal merupakan peneraju global dalam pengurusan pelaburan dan penyelesaian pelaburan.

2. Di Malaysia, Principal komited memperjuangkan kewangan secara inklusif melalui penyelesaian pelaburan patuh Syariah yang inovatif dan pendidikan kewangan untuk pengguna dengan membantu lebih 2.5 juta pelanggan dalam usaha membantu masyarakat Malaysia mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka.

Perunding kewangan Principal dilatih dari segi kewangan dalam nasihat pelaburan patuh Syariah. Mereka yang berminat untuk melaburboleh menghubungi perunding kewangan Principal untuk mendapatkan penyelesaian pelaburan yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kewangan mereka. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.principal.com.my.



Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya. Ia hanya mengandungi maklumat am berkenaan pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur harus mempertimbangkan sama ada sesuatu pelaburan itu sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.

Data yang dikongsikan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan sebagai cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum, dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan.

Semua pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan atau jaminan di masa hadapan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya.