awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila 'raja' buat hal

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2017
01:06 MYT
Apabila 'raja' buat hal
Tindakan kalangan pemilik Peacock Bass yang sengaja melepaskannya di tasik dan sungai tempatan menyebabkan ia membiak lantas menjejaskan ekosistem ikan tempatan. - Gambar fail
KESEIMBANGAN biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di Malaysia dibimbangi semakin terjejas dengan kehadiran spesies ikan asing seperti Peacock Bass yang dikhuaitiri menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di negara ini.
Ikan berkenaan boleh menjadi dominan kerana sifat agresifnya dan boleh membiak dalam tasik dan sungai tempatan serta boleh membesar sehingga mencapai berat 12kg.
Keadaan ini dikhuatiri menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran penyakit dalam perairan umum.
Malah, tinjauan krew ‘Randuk’ di Chenderiang dan Lenggong, Perak mendapati ramai pemancing tempatan mengakui sudah sukar memancing spesies tempatan seperti lampam, terbul dan loma.
Mereka dakwa, ini semua gara-gara jadi mangsa Peacock Bass yang terkenal sebagai ikan pemangsa.
Ikan ini popular dalam kalangan peminat ikan eksotik dan diimport masuk ke Malaysia pada tahun 1970an sebagai ikan hiasan.
Bagaimanapun, tindakan kalangan pemilik ikan berkenaan yang sengaja melepaskannya di tasik dan sungai tempatan menyebabkan ia membiak lantas menjejaskan ekosistem ikan tempatan.
Begitupun, ikan yang digelar ‘ikan raja’ ini juga menjadi tarikan kepada pemancing, terutamanya ke beberapa kawasan lubuk ikan di Perak.
Bukan sahaja pemancing tempatan, ada pemancing dari Jepun dan Korea yang sanggup datang ke Perak semata-mata mahu buru 'ikan raja' memandangkan spesis ini adalah eksotik dan hanya dijumpai di habitat asalnya, Sungai Amazon.
Tetapi, usaha mendaratkan ikan raja ini bukan mudah.
“Walaupun saiz dia kecil, tetapi kuat melawan. Selagi tak sampai ke bot, selagi itulah dia melawan.” jelas pengemar aktiviti memancing Roslan Abdullah semasa ditemui di Kampung Beng, Lenggong.
Ikuti program Randuk setiap Ahad 12.45pm di Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#ikan
#ikan jara
#joran
#pancing
#Perak
#Perak Darul Ridzuan
#Randuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan