Laman Facebook, Instagram dan WhatsApp pada waktu ini mengalami masalah gangguan teknikal sejak sejam yang lalu.

Rata-rata pengguna merungut tidak dapat memuat naik gambar, video mahu pun status di dua laman sosial tersebut, malah ada yang tidak dapat menyemak kemas kini terbaru di akaun media sosial masing-msing.

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 483 laporan dan WhatsApp 254 laporan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Difahamkan, masalah gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pengendali tiga laman sosial berkenaan.


Selain Malaysia dan Indonesia, negara lain yang turut mengalami laporan paling tinggi terjejas ialah timur Amerika Syarikat, Eropah dan Brazil.

Gangguan berkenaan sekali gus membuatkan laman Twitter menjadi platfrom melepaskan geram dengan luahan rasa kecewa dan marah pengguna.

Mereka meminta agar gangguan ini diselesaikan dengan kadar segera.

Terdahulu, pada 14 Jun lalu, aplikasi itu sekali lagi mencetuskan panik apabila gagal berfungsi seketika sekali gus menyekat pengguna untuk memuat naik gambar atau stories.

Aplikasi itu juga hanya memaparkan "couldn't refresh feed" setiap kali pengguna cuba untuk melihat posting terbaharu.

Cubaan untuk mendaftar keluar akaun juga gagal dilakukan termasuk mendaftar masuk kembali menggunakan akaun berlainan.