awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2016
11:26 MYT
Astro AWANI menang anugerah liputan media elektronik terbaik MPSJ
Laporan kebun komuniti memupuk hubungan masyarakat berkebun di bandar oleh Wartawan Anthea Yap (kanan) mendapat pengiktirafan. - Foto Astro AWANI
Astro AWANI memenangi anugerah liputan media terbaik bagi kategori media elektronik anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Ia diperolehi hasil laporan kebun komuniti memupuk hubungan masyarakat berkebun di bandar oleh Wartawan Anthea Yap.
Laporan itu dipilih sebagai pemenang berdasarkan impaknya kepada masyarakat bandar untuk mengamalkan aktiviti berkebun secara berkumpulan.
Pemenang Anthea Yap menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil penghargaan disampaikan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan.
Menurut beliau, rakan media merupakan tulang belakang yang amat penting kepada MPSJ.
"Setiap dari kita mempunyai tanggungjawah dan peranan kepada masyarakat dimana MPSJ bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat manakala media pula adalah suara dan telinga kepada mereka", katanya di Majlis Apresiasi Media MPSJ 2015 di sini.
3,123 penyertaan dari akhbar dan media elektronik telah diterima oleh MPSJ sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu, hanya 8 dipilih bagi menerima anugerah khas sebagai menghargai peranan dan sumbangan petugas media.
Selain daripada Anugerah Liputan Media Terbaik Elektronik, ia termasuk Anugerah Khas Media Komuniti, Liputan Portal Media Terbaik, Liputan Aduan dan Permasalahan Terbaik, Liputan Terbaik, Wartawan Terbaik, Media Paling Komited dan Anugerah Media Terbaik.
Topic Berkaitan
#Anthea Yap
#Anugerah Media
#kebun Komuniti
#Majlis Perbandaran Subang Jaya
#MPSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan