SEORANG wanita di Bristol, United Kingdom telah menyiarkan satu iklan jawatan kosong di sebuah laman web pencarian pekerjaan.
Namun apa yang menarik perhatian adalah jawatan yang ditawarkan, iaitu pembuat keputusan atau decision maker untuk dirinya.
Bayarannya? Sangat mewah iaitu 2,000 pound sterling atau RM10,562 setiap bulan!
Portal Mirror melaporkan wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu sudah bosan apabila kerap dilanda masalah gara-gara tersalah membuat keputusan.
Antara nasib malang yang dialami sejak kebelakangan ini termasuklah kehilangan wang yang dipinjamkan kepada seorang sahabat, terkandas tanpa wang ketika melancong backpacking di New Zealand, ditipu bekas rakan kongsi dan dirompak sewaktu mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah.
"Nampaknya saya memang tidak mampu membuat keputusan yang betul, malah ibu saya juga selalu mengusik saya kerana hampir setiap minggu, ada sahaja malang yang menimpa.
"Saya sudah bosan dan saya perlukan seseorang untuk bantu saya membuat keputusan," lapor portal berkenaan, memetik kenyataan yang dimuatnaiknya ke laman web bark.com.
Antara kriteria yang dicari wanita itu ialah seorang yang "beragama dan boleh membawa saya kembali ke jalan yang betul", lapor portal itu lagi.
Agensi
Wed Feb 06 2019
Wanita itu sudah bosan apabila kerap dilanda masalah gara-gara tersalah membuat keputusan. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Asyik salah buat keputusan, wanita ini tawar RM10,000 untuk jadi 'decision maker'
Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu sudah bosan apabila kerap dilanda masalah gara-gara tersalah membuat keputusan.