JENAMA fesyen mewah, Balenciaga baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya, Trash Pouch, yang boleh dianggap sebagai 'beg sampah' paling mahal di dunia berharga AS$1,790 (RM7,974).
Menerusi maklumat di laman web Balenciaga, item itu direka dan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Pertunjukan 360° Musim Sejuk 2022.
Pertunjukan tersebut menampilkan tema merangkumi aksesori fesyen yang melampau atau exaggerated fashion accessories.
Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. Namun mengapa harganya begitu mahal?
Portal New York Post melaporkan ia dibuat dari kulit anak lembu, ditambah pula dengan logo popular Balenciaga.
Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.
"Balenciaga hanya mahu melihat siapa yang cukup bodoh untuk membeli barangan itu. Mereka menjual beg sampah pada harga AS$1,790. Mesti akan ada seseorang yang akan memberitahu saya ia adalah seni," tulis seorang pengguna Twitter.
Pengarah Kreatif syarikat itu sendiri, Demna Gvasalia, dikatakan terhibur dengan idea penghasilan beg itu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat beg plastik sampah paling mahal di dunia, kerana menurutnya, "Siapa yang tidak sukakan skandal fesyen?”.
Astro Awani
Thu Aug 11 2022
Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. - Foto YouTube
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Makin gila dan celupar, Balenciaga akhiri kontrak bersama Kanye West
Pihak Gap Brand pula mendedahkan menamatkan kerjasama mereka kerana sudah tidak memiliki visi yang sama.
Lepas plastik sampah, Balenciaga hasilkan beg peket kerepek kentang harga RM8,000!
Jenama fesyen mewah Balenciaga sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan beg terbaharu mereka yang ditampilkan pada Paris Fashion Week baru baru ini.
Balenciaga perkenal 'beg sampah' paling mahal berharga lebih RM7,900
Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.
Jutawan Perancis derma 100 juta euro bina semula Katedral Notre Dame
Franois-Henri Pinault menderma 100 milion euro (AS$113 milion) ke arah pembinaan semula katedral Notre Dame.
Pelanggan China dipukul dalam butik, Balenciaga mohon maaf
Balenciaga mengeluarkan kenyataan maaf selepas insiden seorang pelanggan China dipukul di sebuah butiknya di Paris menjadi viral.
Dia buat lagi! Skirt alas getah kereta Balenciaga dijual pada harga RM10,000
Rekaan itu disifatkan sebagai 'mengubah sesuatu fungsi menjadi sesuatu yang formal'.
Nordstrom lancar celana dengan salutan 'lumpur', harga hampir RM2,000
Jeans dengan salutan 'lumpur' ini dicipta khas untuk lelaki yang suka imej lasak, atau rugged.
Nicolas Ghesquiere umum tinggalkan Balenciaga
Pereka fesyen Nicolas Ghesquiere mengumumkan akan meninggalkan rumah fesyen Balenciaga akhir bulan ini.