awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutawan Perancis derma 100 juta euro bina semula Katedral Notre Dame

Agensi
Agensi
16/04/2019
01:48 MYT
Jutawan Perancis derma 100 juta euro bina semula Katedral Notre Dame
Henri Pinault berjanji akan menderma 100 juta euro (kira-kira RM465 juta) ke arah pembinaan semula katedral Notre Dame. -Gambar fail
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kering, kumpulan jenama mewah yang berpangkalan di Perancis, dilapor akan menderma 100 juta euro (kira-kira RM465 juta) ke arah pembinaan semula katedral Notre Dame.
François-Henri Pinault yang merupakan CEO di sebalik jenama Gucci, Balenciaga, Yves Saint Laurent, dalam satu kenyataan berkata, beliau akan menyalurkan bantuan itu melalui firma pelaburan keluarganya, Artemis bagi membiayai kerja-kerja pembinaan berikutan insiden kebakaran di Katedral Notre Dame.
Lapor AFP, jutawan yang juga suami kepada pelakon terkenal Salma Hayek mahu wang itu dibelanjakan sepenuhnya bagi membina Notre Dame dan membantu pegawai gereja.
Terdahulu, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan satu kutipan dana antarabangsa pada Rabu bagi membina semula Katedral Notre Dame yang terbakar awal pagi tadi.
"Kami akan membina semula Notre Dame kerana ia adalah apa yang diharapkan oleh rakyat Perancis,
"Ini adalah sejarah yang kita warisi, Ia adalah dalam erti kata yang mendalam adalah takdir kita,” kata Macron dalam satu sidang media.
Topic Berkaitan
#Balenciaga
#CEO
#Gucci
#Henri Pinault
#Ketua Pegawai Eksekutif Kering
#Kumpulang Kering
#notre dame
#Yves Saint Laurent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan