awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu
MALAYSIA
Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak OKU mati didera direman
DUNIA
Peningkatan konflik Israel-Iran, jejaskan lagi kestabilan serantau - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIFESTYLE

Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
03/02/2025
03:40 MYT
Sponsor Banner
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus dibangunkan bekas pelajar SPM 11A, bekas alumni farmasi Universiti Malaya.
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan utama di negara ini, iaitu 8A dalam PMR, 11A dalam SPM dan 5A (CGPA 4.0) dalam STPM, sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia selepas berkhidmat selama 10 tahun.
Alumni farmasi Universiti Malaya itu kini mengasaskan syarikat Apicel PLT dan memberi fokus kepada pembangunan produk teknologi pendidikan.
Antara produk keluaran syarikat itu ialah pen eKamus.
Pen eKamus ialah alat elektronik pintar yang membolehkan pengguna menterjemah perkataan serta memahami maksudnya dengan hanya satu imbasan atau percakapan, sekali gus menjimatkan masa pengguna.
Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengimbas OCR, alat itu mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Dengan hanya mengimbas teks atau bercakap, pengguna boleh mendapatkan makna dan terjemahan secara langsung tanpa perlu menaip atau menggunakan aplikasi terjemahan secara manual.
Pen eKamus sangat sesuai diberikan pelajar sekolah yang perlu fokus kepada pembelajaran kerana produk tersebut tidak mempunyai aplikasi untuk berhibur seperti tablet atau telefon pintar.
Hasil terjemahan pen eKamus adalah lebih tepat berbanding peralatan yang lain.
Selain memberi terjemahan, pen eKamus juga mempunyai fungsi bacaan audio yang membantu pengguna mendengar sebutan yang betul, memeriksa kesalahan ejaan, selain memberi maksud simpulan bahasa dan peribahasa Melayu.
Dengan reka bentuk yang ringan dan ergonomik, alat berkenaan mudah dibawa ke mana-mana sahaja, menjadikannya alat yang praktikal bagi pelajar dan pengembara.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki teknologi pintar ini yang dapat membantu anda menguasai bahasa dengan lebih mudah dan cepat.
Sama ada anda seorang pelajar, pendidik, profesional atau sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa, pen eKamus ialah peranti terkini yang dapat membantu anda memahami dan menguasai bahasa dengan lebih mudah dan pantas.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, layari laman web rasmi pen.ekamus.info.
Topic Berkaitan
#eKamus
#Apicel PLT
#kamus
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami