awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Biar nampak biasa tapi kaya” - Wanita terkaya dunia, Lucy Guo pilih hidup sederhana

Gempak
Gempak
13/06/2025
10:00 MYT
“Biar nampak biasa tapi kaya” - Wanita terkaya dunia, Lucy Guo pilih hidup sederhana
Guo, 30, yang merupakan pengasas bersama syarikat kecerdasan buatan Scale AI, dianggarkan memiliki aset bernilai RM106 bilion. - Gambar/ Gempak
WALAUPUN bergelar wanita paling kaya di dunia, usahawan teknologi Lucy Guo memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan tidak boros.

Ringkasan AI
  • Lucy Guo, pengasas bersama Scale AI dan wanita paling kaya di dunia dengan aset dianggarkan RM106 bilion, memilih gaya hidup sederhana walaupun memiliki kekayaan luar biasa.
  • Beliau tidak memakai barangan mewah dan lebih selesa membeli-belah di platform seperti Shein serta menaiki Honda Civic lama, menekankan bahawa kekayaan tidak perlu ditunjuk-tunjuk.
  • Walaupun begitu, Guo sesekali memanjakan diri dengan kemewahan seperti penerbangan kelas bisnes dan pakaian berjenama untuk majlis khas, sebagai ganjaran atas usaha sendiri.

Beliau tidak memakai barangan mewah seperti beg Hermes atau jam tangan Patek Philippe, malah lebih selesa membeli-belah secara atas talian di platform seperti Shein.
“Saya sudah berjaya dan tidak perlu menunjuk-nunjuk. Ramai jutawan terdesak untuk saling berlawan, tetapi saya tidak perlukan pengiktirafan sesiapa,” katanya dalam temu bual bersama Fortune.
Guo, 30, yang merupakan pengasas bersama syarikat kecerdasan buatan Scale AI, dianggarkan memiliki aset bernilai RM106 bilion, sekali gus menewaskan penyanyi terkenal Taylor Swift dan menduduki tangga teratas senarai wanita muda terkaya dunia menurut Forbes.
Beliau turut berkongsi bahawa pada hari-hari biasa, pemandunya hanya membawa beliau menaiki Honda Civic lama, dan itu sudah memadai.
“Biar nampak biasa, tapi kaya,” ujar Guo sambil menekankan bahawa ramai bilionair memilih untuk berpakaian ringkas kerana mereka tidak perlu membuktikan apa-apa kepada dunia.
Walaupun begitu, Guo tidak menafikan bahawa beliau sesekali memanjakan diri dengan hasil titik peluhnya, seperti menaiki penerbangan selama 16 jam di kelas bisnes dan membeli gaun berjenama untuk majlis khas. - Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Lucy Guo
#wanita terkaya dunia
#hidup sederhana
#tidak boros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan