PARIS: Bintang bola sepak Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan juara terjun Olimpik China Zhang Jiaqi menjadi ibu bapa angkat kepada dua bayi panda yang dilahirkan di zoo Perancis awal tahun ini.

Dalam satu majlis di Zoo Beauval, anak kembar berusia tiga bulan Yuandudu dan Huanlili dilihat saling mencuit dalam kandang mudah alih yang dibuat khas.

Kedua-dua haiwan itu cuba bangun, namun anggota badannya masih lemah.

Mbappe menyifatkan ia sebagai "saat istimewa" buat dirinya.

Pasangan induk kedua anak panda itu, Huan Huan dan pasangannya Yuan Zi, dibawa ke Perancis secara pinjaman dari China pada 2012.

Ketibaan dua panda dewasa itu disambut meriah sebagai tanda hubungan diplomatik erat di antara Paris dan Beijing.


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !