awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang terkemuka hadiri 'runway' terakhir Jean-Paul Gaultier

Agensi
Agensi
24/01/2020
03:01 MYT
Bintang terkemuka hadiri 'runway' terakhir Jean-Paul Gaultier
Pertunjukan ini menandakan persaraan rasmi Gaultier dari dunia fesyen selepas 50 tahun. (Foto AP)
RATUSAN selebriti hadir pada pertunjukan fesyen terakhir pereka fesyen terkemuka Perancis, Jean-Paul Gaultier di Paris, yang merupakan penutup kerjaya di pentas runway selepas 50 tahun, pada Khamis.
Gaultier mengejutkan peminat apabila mengumumkan pertunjukan pada Minggu Fesyen Paris itu merupakan runway terakhirnya, minggu lalu.
Walaupun rumah fesyen Jean Paul Gaultier akan diteruskan di bawah konsep baharu yang belum diumumkan, pertunjukan ini menandakan persaraan rasmi pereka itu dari dunia fesyen.
Antara yang membuat kemunculan di runway untuk memperagakan koleksi Gaultier adalah Dita Von Tesse, Karlie Kloss serta Gigi dan Bella Hadid.
Gaultier menggelarkan koleksi ini sebagai koleksi kitar semula haute couture dan menggesa penonton untuk mengitar semula pakaian mereka.
"Ini merupakan pertunjukan pertama dan terakhir, di mana terdapat hasil rekaan yang diperbuat menggunakan seluar jeans lama saya," katanya.
"Ia satu perkara yang paling indah. Seperti manusia, apabila semakin berusia, semakin cantik," katanya.
Hasil rekaan Gaultier, 67, sering menjadi pilihan ramai bintang popular antaranya Nicole Kidman, Cate Blanchett, Lady Gaga dan Rihanna.
Topic Berkaitan
#fesyen
#Jean-Paul Gaultier
#Minggu Fesyen Paris
#Paris
#Perancis
#pereka fesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan