BlackBerry mungkin sudah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka, model Z10 dan Q10, di enam kota secara serentak dua hari lepas.
Namun di Malaysia, penjual telefon dan pengguna lama BlackBerry masih lagi berbelah bagi terhadap produk terbaharu BlackBerry.
“Saya belum lagi lihat telefon pintar mereka jadi agak sukar untuk saya memberi penilaian,” kata June, pemilik kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat.
Menurut beliau, walaupun ramai yang sudah memilih untuk menggunakan Android atau produk keluaran Apple, namum BlackBerry mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
“Ciri keselamatan BlackBerry amat bagus kerana maklumat yang dihantar melalui Messenger atau emel disalurkan melalui kaedah penyulitan dengan tahap keselamatan yang tinggi. Ia tidak boleh dikesan oleh pihak ketiga seperti pengendali perkhidmatan telekomunikasi.
“BlackBerry mempunyai Messenger (BBM) dan ciri emel amat sesuai untuk usahawan dan berkaitan kerja,” kata beliau.
Walaupun BlackBerry mempunyai ciri-cirinya tersendiri, pihak penjual mahu lebih, terutama sekali di kalangan anak-anak muda.
Seorang penjual yang ingin dikenali sebagai Lucky merasakan pengguna lebih memilih Android atau Apple kerana aplikasi yang banyak dan pengalaman pengguna yang menarik.
“Ada yang suka paparan skrin yang besar dan mereka suka main game. BlackBerry tidak mempunyai aplikasi yang banyak seperti telefon pintar yang lain. Mereka mahu fungsi yang lebih dari telefon pintar mereka,” kata beliau.
Saingan yang segit dari jenama yang lain turut menjejaskan permintaan bagi telefon pintar BlackBerry.
Namun Carson Cheang berkata ada dari kalangan pelanggan beliau yang sudah bertanyakan tentang BlackBerry 10.
“Memang BlackBerry amat terkenal beberapa tahun yang lepas. Kini, ramai memilih iPhone dan Samsung. Namun, masih ada yang tanya tentang BlackBerry 10 dan kedai saya akan simpan stok bila telefon baharu BlackBerry sampai di Malaysia kelak,” kata Cheang.
Pada masa yang sama, peminat BlackBerry berbelah bagi tentang kesetiaan mereka.
Model sambilan Dylan Aras, 28, telah menggunakan BlackBerry selama 10 tahun tapi beliau kini sudah bersedia untuk menukar angin.
“BlackBerry pertama saya adalah model 8700. Sudah satu dekad saya setia bersama BlackBerry namun ada banyak lagi pilihan di luar sana. Saya gunakan BlackBerry untuk BBM tetapi kini saya boleh berhubung melalui aplikasi yang lain,” kata beliau.
Ean Yaacob, 41, yang bekerja di sekor insurans mempunyai pendapat yang sama.
“Ciri BBM sahaja tidak dapat menjadi alasan utama untuk kekal bersama BlackBerry. Kami boleh berkomunikasi menggunakan WhatsApp sekarang,” kata beliau.
Rimla Changi, seorang fasilitator pendidikan dari Bangladesh yang kini bermastautin di Malaysia mungkin akan membeli model Q10 kerana ciri kekunci.
“Saya memang peminat BlackBerry. Fungsi kekunci adalah ciri utama sinonim dengan penjenamaan BlackBerry. Saya tidak kisah mengenai Aplikasi kerana ia adalah untuk kegunaan pejabat, memeriksa emel, dan membalas mesej melalui BBM,” kata beliau.
Eksekutif Syed Faisal, 36, yang kini menggunakan BlackBerry Torch akan membeli BlackBerry 10 jika beliau mempunyai duit yang mencukupi.
“Ini adalah telefon pintar yang menarik terutama sekali dari segi reka bentuk dan software,” kata beliau.
BlackBerry 10 bakal memasuki pasaran Malaysia pada 20hb Februari.
Syafique Shuib
Fri Feb 01 2013
CARSON: Ada pelanggan beliau yang sudah bertanyakan tentang BlackBerry 10
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Blackberry dijual pada harga $4.7 bilion
Setelah Blackberry 10 gagal menarik minat pengguna, Fairfax dikatakan telah membuat tawaran sebanyak $9 sesaham dalam bentuk tunai untuk mengambil alih Blackberry.
RIM lancar Blackberry 10 dan tukar nama
Pembuat telefon pintar, Research in Motion (RIM) pada Rabu melancarkan produk terbaru syarikat itu, BlackBerry 10.