awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari pintu tersembunyi, dapat dua juta mata ganjaran BIG AirAsia

Bernama
Bernama
18/12/2017
09:56 MYT
Cari pintu tersembunyi, dapat dua juta mata ganjaran BIG AirAsia
AirAsia melancarkan kempen "Pintu Terbuka AirAsia mulai hari ini sehingga 14 Januari 2018". - Gambar hiasan
Orang ramai berpeluang memenangi lebih dua juta mata ganjaran BIG dalam kempen "Pintu Terbuka AirAsia mulai hari ini sehingga 14 Januari 2018".
Dilancar sempena sambutan ulang tahun keenam syarikat penerbangan kos rendah tersebut, AirAsia berkata, kempen berkenaan adalah kisah ia membuka pintu selama lebih sedekad bagi membolehkan pengembara menikmati destinasi yang belum diteroka di rantau ini dan juga rantau lain.
"AirAsia mencabar orang ramai dalam satu pengaktifan unik untuk mencari 16 pintu tersembunyi di Malaysia, mengambil gambar mereka dengan pintu tersebut, memuat naiknya di Instagram dengan hashtag yang diberikan untuk mendapatkan mata dan berpeluang untuk memenangi dua juta Mata Ganjaran BIG," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mata ganjaran BIG yang diperoleh boleh ditebus untuk penerbangan AirAsia.
Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata, syarikat itu memulakan operasi dengan hanya dua pesawat dan kini memiliki lebih 200 pesawat dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang.
"Kami bangga dapat berkhimat ke lebih 130 destinasi, termasuk tempat yang kurang dikunjungi tetapi menjadi impian ramai orang," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#BIG points
#Ketua Komersial AirAsia Bhd
#mata ganjaran BIG
#Spencer Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan