awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Casa del Mar Langkawi, hotel kedua paling romantik di Asia

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2013
09:48 MYT
Casa del Mar Langkawi, hotel kedua paling romantik di Asia
TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Pilihan Pelancong (Travellers’ Choice Awards) untuk Hotel Paling Romantik di Asia
Tidak seperti anugerah yang lain, pemilihan Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor adalah berdasarkan pendapat dan ulasan dari pelancong-pelancong seluruh dunia.
“Jika anda perlukan idea destinasi untuk percutian romantik, dekat dan eksotik, anda boleh melihat senarainya di Anugerah Pilihan Pelancong Tripadvisor” kata Barbara Messing, Ketua Pegawai Pemasaran untuk TripAdvisor.
“Anugerah tersebut adalah berdasarkan maklumbalas pasangan-pasangan yang telah menetap di hotel berkenaan” katanya lagi.
Digelar ‘rumah di tepi laut’, Casa del Mar Langkawi menawarkan 34 bilik yang mempersonakan dan ianya terletak di Pantai Cenang.
Ia juga mendahului hotel lain dari Maldives dan Thailand sekaligus ditempatkan sebagai destinasi kedua untuk Hotel Paling Romantik di Asia.
“Kami amat berbesar hati memenangi tempat kedua dalam Anugerah Pilihan Pelancong TripAdvisor untuk kategori Hotel Paling Romantik di Asia. Anugerah ini bukan sahaja penghormatan buat kami malah untuk industri pelancongan secara keseluruhannya kerana ianya mewakili Malaysia sebagai destinasi romantik pilihan pelancong sedunia” ucap Tom Blachere, Pengurus Besar Casa del Mar Langkawi.
Senarai pemenang 'Hotel Paling Romantik di Asia"
1. Baros Maldives – North Male Atoll, Maldives
2. Casa del Mar Langkawi – Pantai Cenang, Malaysia
3. Layana Resort and Spa - Ko Lanta, Thailand
4. Veligandu Island Resort – North Ari Atoll, Maldives
5. Constance Moofushi – South Ari Atoll, Maldives
6. Cocoa Island by COMO – South Male Atoll, Maldives
7. Mirihi Island Resort – South Ari Atoll, Maldives
8. The Shore at Katathani – Kata Beach, Thailand
9. Maafushivaru – South Ari Atoll, Maldives
10. Kuredu Island Resort & Spa – Kuredu, Maldives
Untuk gambar dan ulasan senarai pemenang Hotel Paling Romantik di Asia, sila layari http://www.tripadvisor.com.my/TravelersChoice-Romance
Topic Berkaitan
#Casa del Mar Langkawi
#Hotel Paling Romantik di Asia
#pantai cenang
#tripadvisor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan